REJIM DAP TADBIR PULAU PINANG DENGAN BURUK, GUAN ENG SILA LETAK JAWATAN!!



Penasihat DAP, Lim Kit Siang digesa menerima cabaran supaya memastikan anaknya Lim Guan Eng yang kini didakwa di mahkamah agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Selama 9 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, tetapi apa yang sering dilakukan oleh pihak berkenaan adalah sekadar memaki, mengkritik, mencemuh dan menghina kerajaan negeri Pulau Pinang yang lama. Kerajaan negeri Pulau Pinang yang lama siapa lagi kalau bukan Kerajaan Barisan Nasional.
Selepas 9 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, apa sudah jadi dengan Pulau Pinang, Pulau Pinang lingkup dan lenyap di tangan DAP, antaranya adalah seperti berikut:

1. Harga rumah mampu melambung tinggi, manakala rumah mampu milik yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri merupakan rumah yang berharga tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh kebanyakan orang Pulau Pinang. Sehinggakan mereka sama sekali tidak berkemampuan untuk membeli rumah di Pulau Pinang.

2. Apabila bercakap tentang masalah banjir apa yang berlaku di Pulau Pinang didapati banjir semakin serius saban tahun, dari masa ke semasa malahan didapati muncul di pelbagai kawasan banjir baru dalam negeri. Sebagai contoh di kawasan barat daya Pulau Pinang, muncul banyak kawasan banjir baru kerana kerajaan negeri DAP membenarkan golongan pemaju menjalani aktiviti pemajuan secara tak terkawal tetapi kerajaan negeri tetap berkeras kepala dan menafikan bahawa terdapat sebarang masalah pemajuan dan pembangunan tanpa batasan dalam negeri.

3. Banjir berlaku semuanya disebabkan oleh Kerajaan negeri memberikan kelulusan yang terlampau banyak terhadap projek penerokaan lereng bukit yang berskala besar dan aktiviti penambakan laut yang tidak terkawal sehinggakan alam sekitar di Pulau Pinang mengalami kemusnahan dan kemerosotan. Malahan pembangunan tanpa batasan telah mengundang kepada masalah kesesakan lalu lintas yang dilihat semakin kritikal pada masa kini.

4. Bukan setakat itu sahaja, hak kebebasan media di Pulau Pinang turut dicabuli, antaranya adalah tindakan mendakwa media sesuka hati oleh kerajaan negeri, tindakan melabel media yang kononnya menyebelahi Kerajaan Barisan Nasional dan sebagainya. Semua ini dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang adalah untuk menekan dan mengekang hak kebebasan media supaya pihak media tidak berani untuk melaporkan berita yang tidak bermanfaat terhadap kerajaan negeri. Dan seterusnya kerajaan negeri DAP akan bermaharajalela di negeri Pulau Pinang.

5. Kampung-kampung Melayu telah dilenyapkan dari Pulau Pinang. Lenyap kerana kerakusan dan kekejaman DAP sehinggakan orang Pulau Pinang hidup merempat setelah dihalau dari tempat tinggal mereka sendiri. DAP Pulau Pinnag bertindak merampas perkampungan orang Melayu Pulau Pinang dengan alasan mahu melakukan pembangunan.

6. Tarif bil air naik sejak DAP memerintah Pulau Pinang sehinggakan terpaksa hidup tanpa air disebabkan ketidakcekapan pengurusan air di negeri milik DAP itu sehinggakan rakyat negeri berkenaan merana.

7. Kerajaan DAP Pulau Pinang juga turut merobohkan gerai-gerai orang Melayu, begitu rakus Kerajaan rejim DAP Pulau Pinang menindas rakyat Pulau Pinang. Inilah nasib orang Melayu di bawah Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang.

8. Kerajaan DAP juga gagal memberikan penjelasan mengenai status sekurang-kurangnya 51 buah projek yang dicadangkan di beberapa kawasan yang gagal dilaksanakan

i. Projek Aerobus yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Prai pada 2008 melibatkan pemaju dari Amerika Syarikat yang didakwa dimasukkan dalam rancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
ii. Kereta api bawah tanah.
iii. Sistem monorel merentasi pulau dan tanah besar.
iv. Pembinaan tasik buaya.
v. Membanteras tempat letak kereta haram.
vi. Mengekalkan surcaj air.
vii. Mewartakan kawasan perlindungan hutan Pulau Jerejak.
viii. Mempertahankan kebebasan media dengan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan akta kebebasan maklumat tetapi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri melanggarnya.
ix. Pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik Bandar Cassia
x. Pembinaan pelbagai taman rekreasi

Kesimpulannya terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh DAP Pulau Pinang sehinggakan rakyat negeri Pulau Pinang hidup melara, derita dan sengsara. Selama 9 tahun Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang tidak pernah menunaikan janji-janji yang ditetapkan semasa berkempen, mereka hanya tahu menabur janji-janji manis dan palsu sahaja tetapi apabila mereka sudah dapat memerintah, mereka akan mengabaikan hak-hak dan kebajikan penduduk berkenaan.

Comments