PPBM KARAM SEBELUM PILIHAN RAYA UMUM KE-14



Baru-baru ini tindakan Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman dan Anina Saadudin Pengasas PPBM bertindak untuk keluar parti kerana parti PPBM tidak pernah pun memperjuangkan kepentingan ahli dan rakyat apatah lagi mereka ini lebih kepada kroni dan peribadi semata-mata.

Apa yang pasti Mahathir yang menerajui PPBM akan karam selepas ini memandangkan ramai ahli-ahli di kalangan parti itu yang bertindak meninggalkan parti itu. Ahli parti bertindak sedemikian rupa kerana mendakwa parti yang ditubuhkan oleh Mahathir dan konco-konconya seperti Muhyiddin Yassin dan Mukhriz semakin hilang hala tuju dan matlamat hidup serta hanya mempunyai kepentingan peribadi semata-mata daripada membela hak dan nasib kita semua.

Kalau kita dapat melihat beberapa pemimpin dan orang kuat PPBM meninggalkan parti itu malah lebih dijangka ahli-ahlinya akan mengikuti jejak langkah yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh ahli-ahli sebelum ini sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Pemimpin dan orang kuat PPBM bertindak meninggalkan parti PPBM kerana sikap pemimpin PPBM yang hanya bekerja untuk jawatan, pangkat dan kedudukan malah mereka mereka memberi layanan kepada kumpulan yang bekerja keras untuk parti itu dengan hanya layanan kelas kedua. Hakikatnya PPBM bakal karam dan lenyap sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Terlalu banyak kelemahan dan kebocoran yang masih lagi belum diperbaiki oleh pemimpin parti itu sehinggakan ini jugalah salah satu punca dan penyebab sebelum parti PPBM berjaya memegang sebarang kerusi pada pilihan raya umum itu nanti.

Kesimpulannya kapal PPBM yang diterajui oleh Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz akan karam sebelum PRU 14 nanti. Pada peringkat awal berkemungkinan besar mereka tidak mengakui dan menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada parti PPBM namun kini mereka sudah nampak masalah dan konflik yang sedang menimpa PPBM, tetapi nampaknya mereka tidak membuat apa-apa tindakan yang baik.

Comments