PM & KERAJAAN TIDAK PERNAH BERCADANG UNTUK MENAIKKAN KADAR KUTIPAN GST SEKIRANYA MENANG PRU-14



Tuduhan Nurul Izzah terhadap kenyataan yang dikeluarkannya di akhbar Sinar Harian baru-baru ini mengenai Kerajaan dijangka akan terus meningkatkan cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) jika terus diberi mandat kemenangan pada pru akan datang adalah berbentuk fitnah dan satu tindakan politik yang terdesak.

Kalau diamati kembali, tidak lebih 5 kali Nurul Izzah cuba menimbulkan sentimen kebencian rakyat pada cukai yang telah dilaksanakan kerajaan hampir 3 tahun di negara ini.

Dalam ucapan Perdana Menteri semasa menghadiri Majlis Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Dewan Tun Razak PWTC, Kuala Lumpur pada 24 Sept 2017, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai bagi menampung kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata, cara itu bukan jalan penyelesaian, sebaliknya kerajaan akan mengkaji isu itu bagi mencari jalan penyelesaiannya. Kekurangan dana pinjaman PTPTN bukan hanya menjadi masalah dalam kalangan pelajar masyarakat India tetapi juga dialami semua kaum.

Najib juga berkata, kerajaan juga mendengar keluhan hati rakyat yang "tidak suka" membayar cukai. Rakyat hanya suka cuti umum, makanan, tapi tak suka bayar cukai lebih.

Dengan jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri itu, maka ianya sekaligus menolak dakwaan dan fitnah pembangkang yang selama ini menuduh kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar kutipan GST.

Adakah Nurul Izzah sudah kekeringan idea dan kehabisan modal untuk berkempen?

Nama Nurul Izzah sejak kebelakangan ini memang mula suram di arena politik tanah air apabila munculnya PPBM yang banyak memenuhkan pentas ceramah politik Pakatan Harapan di seluruh tanahair. Apatahlagi apabila parti PKR yang lahir dari gerakan Reformasi juga dikatakan sedang bergolak dan bergoncang kerana masing-masing besar kepala dan tamak.

Nurul Izzah juga didapati sedang mencari kerusi Parlimen yang sesuai untuk dirinya dan juga ibunya Wan Azizah apabila kerusi yang dipegang mereka di Parlimen Lembah Pantai dan juga Parlimen Permatang Pauh sudah ada bibit-bibit penentangan dari akar umbi yang rata-ratanya adalah ahli PAS.

Pengundi di kawasan tersebut dikatakan sudah tidak mahu mengundi keluarga Anwar Ibrahim kerana mereka merasakan seolah-olah ditipu. Ahli parlimen mereka tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk setempat dan pengundi di sana.

Comments