PERJUANGAN PARTI PEMBANGKANG SAMAR & BERMOTIF PERIBADI, TIDAK MUSTAHIL RAMAI MEMILIH KELUAR PARTI



Rakyat tidak seharusnya memandang sepi kenyataan Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau dikenali sebagai Mike Tyson@Mat Taib yang menyatakan perjuangan pembangkang sebagai sia-sia dan tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.

Kenyataan itu dizahirkan Mat Taib atas pengalamannya ketika bersama PKR dan PAS sejak lima tahun lalu. Bukan sahaja Mat Taib kecewa dengan perjuangan parti pembangkang malah bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman dan Pengasas PPBM, Anina Saadudin tidak terkecuali menunjukkan perasaan yang sama terhadap parti pembangkang.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan keluar parti oleh beramai-ramai oleh ahli-ahli PPBM di seluruh negara ekoran tidak puas hati dengan budaya kronisme dan pilih kasih dalam parti itu. Antara mereka yang memilih keluar parti ialah Kamarul Azman Habibur Rahman, Mohd Anas Sudin, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar, Hasnita Hishamudin dan ramai lagi.

Parti DAP turut menerima tempias yang sama apabila pemimpin-pemimpin dalam parti itu memilih keluar parti kerana parti itu telah lari daripada matlamat asal perjuangannya. Di antara pemimpin yang keluar parti ialah 4 pemimpin utama DAP Melaka yang bertindak keluar parti iaitu Sim Tong Him, Goh Leong San, Lim Jack Wong dan Chin Choong Seong dan seorang di Sabah iaitu Dr Edwin Bosi.

Tindakan keluar parti pemimpin-pemimpin ini jelas menunjukkan wujud masalah dalaman yang serius dalam parti itu. Sememangnya penyertaan semula Mat Taib ke dalam UMNO dan tindakan keluar parti pemimpin dalam parti pembangkang memberi tamparan hebat buat pembangkang. Ini ditambah lagi dengan tindakan Pengasas PPBM iaitu Anina, diikuti pula oleh Hamidah Naib Presiden PPBM yang mengambil keputusan keluar parti.

Dalam jangka masa pendek adalah dijangkakan bahawa lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin dari Pakatan Pembangkang bakal mengikut jejak 3 individu yang baru keluar dari parti tersebut. Sudah pasti Anina, Hamidah Osman dan Mat Taib akan membawa orang-orangnya untuk keluar parti pembangkang untuk menyertai mereka. Realitinya Pakatan Pembangkang hanya indah khabar dari rupa. Parti mereka hanya luaran cantik tetapi hakikatnya buruk dalamannya.

Comments