Perbezaan ketara pendirian penyokong pembangkang dapat dilihat ketika mereka mempersoalkan langkah Pakatan Harapan mengangkat bekas Perdana Menteri Tun Mahathir sebagai pemimpin mereka dalam satu forum yang dianjurkan baru baru ini.
Itu dari satu sudut ruang lingkup apabila ianya dibincangkan secara terbuka dikhalayak ramai. Bagaimana pula perasaan dan pendapat penyokong akar umbi Pakatan Harapan yang tinggal di luar bandar ataupun di ceruk kampung?
Adakah undi mereka pada PRU-14 nanti berbaloi untuk membela nasib mereka selama satu penggal mendatang? Sedangkan pada ketika ini pemimpin PH yang ada saling berbalah dan berebut jawatan tertinggi dalam PH.
Mahathir dan Lim Kit Siang yang sedang bebas di dunia politik mereka dilihat cuba membuli Anwar Ibrahim yang meringkuk dalam penjara. Manakala parti PKR yang dilihat sudah tidak bermaya kerana masing-masing besar kepala mudah dipergunakan untuk menjadi benteng kekuatan DAP dan PPBM.
Hasilnya nanti MELAYU SKREW MELAYU dan akhirnya DAP yang untung. Kerana dalam beberapa kritikan yang selalu didengar dari penyokong PH mereka mendesak parti pembangkang yang kini bersatu dalam Pakatan Harapan tidak terlalu menjadi “pak turut” kepada Mahathir.
Pakatan Harapan tidak memerlukan diktator seperti Mahathir mengetuainya. Manakala pengundi muda dari generasi Y juga turut melontarkan bahawa mereka tidak mahu Mahathir.
Bagi penyokong dan pengundi berumur pertengahan yang melalui zaman reformasi menganggap Mahathir adalah salah seorang diktator yang wujud dari dulu sampai sekarang. Peranan Mahathir dalam melawan gerakan reformasi pada lewat 1990-an dahulu amat tidak boleh diterima mereka sehingga ke hari ini.
Namun, kepada siapa penyokong PH mahu berpaut sekarang? Mereka tiada tempat mengadu kasih dan tiada saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat dan hak mereka. Mahu ataupun tidak, DAP lah tempat rujukan mereka buat sementara waktu.
Jika mereka ini sedar dan bijak memilih pada PRU-14 nanti, mereka akan bersama kerajaan Barisan Nasional untuk bersama-sama memajukan negara menuju TN50.
Comments
Post a Comment