PENOLONG SETIAUSAHA PUBLISITI DAP JOHOR, SHEIKH OMAR ALI SEOLAH-OLAH MENYOKONG PENGANJURAN PESTA 'BETTER BEER FESTIVAL'



Menurut kenyataan Sheikh Omar Ali, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor dalam Roketkini.com, isu penganjuran festival ‘Better Beer’ telah dijadikan senjata politik untuk menyerang DAP dan PKR tanpa membincangkan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melarang penganjuran festival itu yang dijadual berlangsung pada awal bulan Oktober.

Tindakan Sheikh Omar ini dilihat sebagai satu tindakan untuk mempertahankan parti cauvinis DAP yang sememangnya menyokong dan mahu penganjuran pesta arak ini dibuat di negara ini. Bagi Sheikh Omar juga, isu ini perlu ditangani menerusi ruang perbincangan yang rasional, tidak emosi dan menghormati kepelbagaian budaya negara ini.

Benar kata Sheikh Omar bahawa kita perlu menghormati kepelbagaian budaya negara ini. Tapi tidak sedarkah Sheikh Omar bahawa penganjuran pesta arak ini sebenarnya tidak menghormati sensiviti umat Islam. Mengapa dia mahu mempertahankan tuannya sedangkan semua tahu bahawa penganjuran pesta ini hanya akan mendatang mudarat daripada kebaikan kepada negara.

Walaupun Sheikh Omar secara peribadi tidak menyokong penganjuran Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur dan sebagai umat Islam, dia sepatutnya menyokong tindakan DBKL untuk membatalkan permohonan penganjuran pesta tersebut. Dia juga sepatutnya tidak menyokong tindakan pemimpin-pemimpin DAP seperti Teng Chang Khim, Teresa Kok, Lim Lip Eng, Tan Kok Wai dan ramai lagi yang mengecam dan mengkritik tindakan DBKL itu.

Adakah dengan kejayaan dan legasi Pesta Arak 'Beer Octoberfest 2014' yang dianjurkan di negeri Selangor dan bertempat di One Utama Damansara, Petaling Jaya mahu diteruskan Sheikh Omar dan DAP di negara ini. Jangan biar nasi jadi bubur baru hendak ambil tindakan. Bila satu masa nanti pesta ini dijadikan budaya dan akhirnya tidak terkawal di sebuah negara yang majoritinya berketurunan Melayu dan beragama Islam. Siapa yang akan menanggung akibatnya. Bertindak sebelum terlewat kerana umat Islam negara ini tidak senang dengan penganjuran acara itu.

Comments