PENCERAMAH AGAMA KONTROVERSI DIKUTIP DAP UNTUK LENGKAPKAN MISI "LANGKAH KELANTAN"



Gerak saraf yang dilakukan oleh DAP amat halus sekali untuk memancing undi Melayu. Sebelum ini mereka melantik Mohd Sabu, Mejar Zaidi, Saifuddin Nasution dan ramai lagi individu yang gagal dalam hidup dan kecewa di pentas politik tanahair.

Tapi semalam, Lim Guan Eng telah melantik penceramah agama kontroversi yang berfahaman liberal Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Wan Ji merupakan pemimpin pemuda PKR Kelantan dipertanggungjawabkan untuk memperjelaskan dasar Islam negeri itu kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.

Untuk memudahkan cerita Wan Ji adalah perisai (BARUA) utama Lim Guan Eng dan DAP untuk memperjelaskan segala tindakan yang bakal diambil DAP kepada rakyat Pulau Pinang pada keseluruhannya.

Adakah tidak cukup Mufti dan pegawai agama yang berkhidmat di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan jabatan agama yang berkaitan untuk menjadi penasihat kepada Ketua Menteri?

Adakah Lim Guan Eng Cuba mencabar atau menggubal fatwa dan undang-undang syariah di negeri Pulau Pinang mengikut selera mereka?

Adakah Lim Guan Eng terlalu alergic dengan Umno dan Barisan Nasional kerana MAINPP didapati hanya beroperasi di bangunan UMNO Jalan Macalister?

Sudah tentu Lim Guan Eng mempunyai muslihat yang tersendiri dengan melantik Wan Ji sebagai penasihat agamanya. Perlu diingat juga dalam mesyuarat pembahagian kerusi Pakatan Harapan, DAP ada menyuarakan untuk mendapatkan beberapa kerusi DUN di Kelantan.

Kerjasama PKR dan DAP tidak dapat dinafikan lagi. Namun dalam keadaan PKR Pusat dan PKR Kelantan yang dalam keadaan retak menunggu belah, DAP cuba mengambil kesempatan dengan memancing seberapa ramai individu yang berpengaruh dari PKR untuk diberi "DEDAK".

Umpan DAP itu ditutup dengan alasan memberi pekerjaan tetap, bergaji penuh dan mungkin berpencen pada mereka yang sanggup menjadi "BARUA DAP".

ADAKAH INI SALAH SATU STRATEGI DAP MENAWAN KELANTAN? - Mungkin ini "LANGKAH KELANTAN".

Comments