PEMBANGKANG MENGHIDAP PENYAKIT AMNESIA


Pakatan Harapan dibidas sebagai yang menghidap penyakit amnesia kerana mengkritik membuta tuli usaha kerajaan menyediakan rumah untuk 400 keluarga bekas pekerja ladang kawasan pinggir Putrajaya.

Tindakan pembangkang itu mengutuk Datuk Seri Najib Razak menjijikkan dan ia diumpamakan meludah diri sendiri. PH menggunakan Projek Perumahan Ampar Tenang, Dengkil yang telah dilancarkan Perdana Menteri untuk mengutuk Barisan Nasional sebagai pemerintah tidak berpotensi membela komuniti India.

Tindakan hipokrasi dan penyakit amnesia telah berjangkit pada pembangkang dan mereka perlu sedar pembangunan Bandar Pentadbiran Putrajaya adalah idea Bekas Perdana Menteri yang kini top dog dalam Pakatan Harapan.

Kalau pembangkang ikhlas dan mengambil berat tentang nasib komuniti India, segala kritikan dan soalan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri perlu dilontarkan kepada Tun Mahathir.

Segala usaha dan pembelaan yang ditunjukkan Perdana Menteri kepada 400 keluarga bekas pekerja ladang dengan projek rumah teres bernilai RM60 juta di Ampar Tenang, Dengkil adalah kesan daripada kegagalan Tun Mahathir membela nasib komuniti ini.

Dalam isu sama, tindakan tidak beretika pembangkang yang asyik goyang kaki tanpa kerja tetapi mengutuk kerajaan.

Perdana Menteri menghargai sumbangan dan pengorbanan 400 keluarga bekas pekerja ladang dari Putrajaya memberi laluan kepada pembangunan pentadbiran kerajaan Pusat di Putrajaya pada tahun 1996.

Mereka telah ditempatkan di penempatan sementara di Taman Permata Dengkil. Perdana Menteri menghargai pengorbanan bekas pekerja ladang itu melaksanakan tanggungjawab BN dengan menyediakan rumah teres yang tetap sebagai mensejahterakan masa depan masyarakat India.

Apa yang gagal dilakukan oleh Tun Mahathir telah dilaksanakan Datuk Seri Najib Razak sekali gus tidak mensia-siakan nambikei (kepercayaan) masyarakat India terhadap kepimpinan beliau. Malah, beliau juga merupakan pemimpin yang sentiasa bersama rakyat dalam menangani masalah mereka.

Datuk Seri Najib Razak kami bukan seperti pembangkang yang hanya tahu mengutuk orang lain tetapi sekadar tin kosong dalam membela nasib rakyat dan makan gaji buta sahaja.

Comments