PEMBANGKANG INDAH KHABAR DARIPADA RUPA - MAT TAIB



Kenapa orang tinggalkan pakatan pembangkang? Kemasukan semula bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib atau dikenali dengan nama Mat Taib yang telah kembali ke pangkuan UMNO membuktikan pembangkang hanya indah khabar daripada rupa.

Sebelum ini, beberapa pemimpin juga telah mengumumkan mereka keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bukan hanya Mat Taib yang buat demikian.

Di antara sebab-sebab mengapa Mat Taib keluar dari Keadilan adalah kerana perjalanan parti itu amat mendukacitakan beliau. Dalam parti Keadilan yang lantang bercakap adalah Sivarasah, Tian Chua, N. Surendran, Wong Chen dan lain-lain pemimpin dari kaum Cina dan India.

Manakala pemimpin Melayunya pula asyik berperang sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan antara satu sama lain. Misalnya kartel Azmin Ali yang bukan Melayu menyokong Azmin Ali 'bertelagah' dengan Geng Ponorogo Rafizi Ramli.

Selain itu, parti ini juga tidak pernah menyebut atau membincangkan hal kepentingan Melayu. Jika ini cara dan rupa Kerajaan yang hendak memerintah negara tidak tahu ke mana nanti kepentingan dan masa depan orang-orang Melayu dan Islam.

Ternyata, apa yang disebutkan sebagai keindahan dalam pembangkang tidak benar menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin sedar dan bila mereka sudah ke sana akhirnya kembali semula ke pangkuan UMNO.

Mat Taib kembali semula ke pangkuan UMNO selepas lima tahun meninggalkan parti itu dengan menyertai PAS pada 2013 dan menyertai PKR, dua tahun kemudian. Di samping itu juga, kepulangan Mat Taib juga dilihat dapat membantu UMNO untuk menawan semula Selangor memandangkan beliau sudah mengetahui gerak kerja PAS dan PKR.

Comments