PAS DESAK SPRM SIASAT DAP BERHUBUNG ISU ALAM SEKITAR DAN BANJIR



Baru-baru ini PAS Pulau Pinang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan ke atas Kerajaan DAP Pulau Pinang dibuat berhubung isu alam sekitar dan banjir yang semakin kerap.

Laporan yang dibuat oleh PAS adalah selaras dengan penubuhan Kokus Perlindungan Alam Sekitar dan Antirasuah (EPACC) yang ditubuhkan oleh SPRM. SPRM menerusi penubuhan EPACC membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk membuat laporan berhubung isu alam sekitar bagi mengheret pihak yang berkenaan ke muka pengadilan.

Kita semua tahu banjir hebat yang melanda beberapa negeri di tanah air kita dan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ini lawak semata-mata dan beliau hanya memperbodohkan dirinya sendiri apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan akan mampu menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi oleh orang Pulau Pinang dan negeri Pulau Pinang sendiri.

Nampak bukan Tokong Guan Eng semakin merapu dan bukan-bukan. Sekarang kita lihat Pakatan Harapan sudah memenangi dua penggal di Pulau Pinang dan Guan Eng sudah pun memerintah Pulau Pinang selama 9 tahun, apakah rekod mereka tokong ultra Kiasu DAP dalam menyelesaikan masalah banjir di negeri yang sebesar di Pulau Pinang dalam masa satu penggal? Ini benar-benar perkara yang lawak dan mencuit hati kita semua.

Apabila berlakunya malapetaka dan bencana, Lim Guan Eng selalunya menuding jari kepada Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional seolah-olah Barisan Nasional dan Najib bertanggungjawab ke atas segala-galanya tetapi Guan Eng lupa bahawa Kerajaan Pakatan Harapan juga diberikan mandat oleh orang Pulau Pinang untuk mentadbir dan memimpin negeri Pulau Pinang dengan lebih efisien dan efektif.

Guan Eng sebenarnya perlu mencermin muka dirinya sendiri dan melihat sama ada muka tebalnya masih mempunyai sifat ketelusan yang tidak hanya seberapa dan semakin pudar. Guan Eng ingat beliau boleh mengaburkan mata orang Pulau Pinang sedangkan tanpa sedar rakyat sudah mengetahui kerana maklumat kini luas dan terbentang dalam alam maya dan internet serta media sosial, malah adalah lebih baik sekiranya Red Bean Army mengumpulkan segala fakta-fakta dan maklumat terlebih dahulu sebelum memfitnah, mencaci, memcemuh dan mengata Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.
Ultra Kiasu DAP hanya buat malu sahaja.

Inilah bukti Guan Eng hanya bercakap tidak serupa bikin sahaja. Guan Eng hanya omong-omong kosong sahaja di depan orang Pulau Pinang khususnya kita orang Malaysia. Hakikat sebenarnya slogan Ubah orang Pulau Pinang telah menjadi ubah ke arah lembah durjana dan kemusnahan Pulau Pinang.

Kesimpulannya tepuk dada dan Tanya lah selera kita, untuk Pilihan Raya Umum nanti orang Pulau Pinang mahupun rakyat khususnya janganlah ulangi kesilapan dan kesalahan yang sama dengan meletakkan harapan dan kepercayaan ke atas pemimpin DAP ultra kiasu yang angkuh dan sombong itu lagi.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments