NAJIB 3 KALI GANDA PALING BANYAK BUAT LAWATAN KERJA KE SARAWAK BERBANDING TUN MAHATHIR



Percaya atau tidak, PM Najib adalah Perdana Menteri yang paling banyak pergi ke Sarawak untuk mengadakan lawatan kerja ke sana berbanding Perdana Menteri terdahulu terutamanya Tun Mahathir.

Walaupun Tun Mahathir memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun dalam kerajaan persekutuan sebagai Perdana Menteri, kehadirannya ke Sarawak samada melakukan lawatan kerja atau makan angin hanya direkodkan sebanyak 10 kali sahaja.

Jika dilihat jumlah kecil kehadirannya ke Sarawak pada zaman Tun Mahathir, anda boleh fikirkan bagaimana sewaktu itu Perdana Menteri ke 4 Malaysia melayan negeri yang secara rasmi telah bergabung dengan tanah semanjung pada 16 Sept 1963.

Baru-baru ini Tun Mahathir atas pelawaan DAP Sarawak hadir ke sana dengan harapan dapat mengelirukan minda rakyat Sarawak dengan budaya tipu helahnya. Namun, reaksi yang ditunjukkan rakyat Sarawak amat buruk sekali. Kaum dan bangsa Cina sahaja yang meramaikan majlis pada malam tersebut.

Namun dalam ucapannya di Sarawak Tun Mahathir hanya sekadar beri alasan bagi mewajarkan segala perbuatannya pada rakyat dan kerajaan Negeri Sarawak sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri.

Paling yang tidak boleh diterima oleh akal, Tun Mahathir menyalahkan pula Perdana Menteri ke 2 iaitu Arwah Tun Abdul Razak berkaitan PETROLEUM DEVELOPMENT ACT 1974 atas kuasa-kuasa hasil galian petroleum di Sarawak.

Kenyataan Mahathir membangkitkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang menyaksikan Sabah dan Sarawak memberikan hak petroleumnya kepada kerajaan pusat dengan royalti lima peratus sebagai tukaran ketika dalam ucapannya di Sarawak benar-benar membuatkan para pemerhati terkejut dengan kenyataan tersebut.

Ramai yang keliru dan terkejut, adakah Mahathir benar-benar sudah nyanyuk ataupun sudah lupa?

Mendengarkan Mahathir mendakwa hak Sarawak terutamanya dalam soal minyak terhakis ketika pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein dan anaknya, Datuk Seri Najib Razak ia adalah sesuatu yang amat menjengkelkan bagi seorang Negarawan sepertinya.

Selama 22 tahun jadi Perdana Menteri apa yang Tun Mahathir dah buat?

PM Najib walaupun baru 8 tahun mentadbir negara, projek empangan Bakun dipulangkan semula pada Sarawak. Kemudian Kerajaan Sarawak berjaya menubuhkan Petros yang dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Cari Gali Kerjaan Sarawak.

Manakala sebahagian besar hak Sarawak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia dikembalikan pada Sarawak. Ini diakui oleh arwah Tan Sri Adenan Satem bahawa Najib telah lakukan lebih banyak kemajuan untuk Sarawak berbanding 22 tahun Tun Mahathir berkuasa.

Oleh kerana kejujuran dan keikhlasan yang ditonjolkan oleh PM Najib, orang Sarawak tahu membalas budi. Ini terbukti dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak, Barisan Nasional memperolehi kemenangan yang cemerlang dengan mendapat menawan beberapa kerusi milik pembangkang terutamanya DAP.

Nampaknya semakin banyak Tun Mahathir meroyan untuk membela diri, tambah banyak kemungkaran yang telah dilakukannya terbongkar. Lebih baik dia berdiam diri sahaja dan bersara sepenuhnya dari arena politik tanahair.

Comments