MENTERI BESAR SELANGOR MULA GELISAH! BAKAL LEPAS KERUSI PARLIMEN DAN FOKUS KERUSI DUN DEMI JAWATAN MB!
Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dijangkakan akan melepaskan Kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-14 untuk menfokuskan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor demi untuk mengekalkan jawatan Menteri Besarnya. Azmin Ali merupakan ADUN N.19 kawasan Bukit Antarabangsa dan Parlimen P.98 Gombak .
Tindakan ini dibuat berikutan, tindakannya yang mahu terus memberi tumpuan untuk memastikan jawatannya terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal yang seterusnya. Ternyata perbuatan Azmin Ali ini adalah tindakan seorang pemimpin yang hipokrit dan hanya tahu menjaga periuk nasinya sahaja.
Atas faktor keselesaan menjadi Menteri Besar dan ketua kerajaan negeri Selangor ini lah, Azmin Ali sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan kedudukan jawatannya itu terjamin. Malah, tindakan melepaskan kerusi Parlimen di Selangor dibuat kerana kerusi itu tidak mendatangkan sebarang habuan untuknya melainkan ianya di peringkat negeri yang menawarkan habuan jawatan dan projek-projek negeri.
Untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini, Azmin dilihat akan memberi fokus dan tumpuan 100% ke atas kerusi DUN yang selamat baginya untuk membolehkannya kekal sebagai Menteri Besar bagi penggal seterusnya. Dengan kemudahan dan layanan VIP yang diterima sebagai Menteri Besar Selangor, sudah pasti Azmin tidak mudah akan melepaskan ke semua ini. Beliau kini sudah di puncak maka keinginannya untuk terus berkuasa dan menikmati kemewahan di Selangor masih belum cukup baginya.
Comments
Post a Comment