Terlalu banyak persamaan di antara Perlembagaan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Perlembagaan DAP sehubungan dengan cara pemilihan pemimpin tertingginya. Kalau kita dapat melihat ramai yang tertanya-tanya mengapa AMANAH masih gagal mendedahkan kandungan perlembagaannya daripada pengetahuan kita semua sebagaimana yang dilakukan oleh parti lain walaupun setelah lama AMANAH beroperasi.
Apabila melihat butiran Perlembagaan AMANAH yang diluluskan oleh Kongres Luar Biasanya pada 25 Ogos dan 8 September 2015 dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 Oktober 2015.
Lihatlah betapa banyaknya persamaan Perlembagaan AMANAH dengan Perlembagaan DAP dan betapa jauhnya ia dengan Perlembagaan PAS sehubungan dengan cara pemilihan pemimpin tertingginya.
Kalau mengikut kepada Perlembagaan PAS, pemimpin tertingginya adalah dipilih oleh Muktamar Tahunan PAS setiap dua tahun manakala mengikut Perlembagaan DAP mereka adalah dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang dipilih oleh Kongres Kebangsaan setiap tiga tahun.Perlembagaan AMANAH yang diluluskan oleh ROS pada 1 Oktober 2015, mahupun yang diluluskan oleh ROS pada 15 Ogos 2016, memperuntukkan bahawa pemimpin tertinggi AMANAH sememangnya dilantik mengikut kaedah yang diguna pakai oleh DAP.
Sebab itulah pemimpin AMANAH seperti Mat Sabu ini bila parti mereka dikaitkan dengan DAP walhal tindak tanduk mereka dan pemimpin DAP menjadi bukti nyata mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara kedua-dua buah parti iaitu AMANAH dan DAP.
Tindak tanduk pemimpin DAP terhadap AMANAH selama ini, jelas sekali keintiman kedua-dua buah parti ini. Setelah pemimpin yang kalah keluar dari PAS dan menubuhkan AMANAH, bukti menunjukkan pemimpin DAP lah yang memberikan nyawa kepada mereka melalui pelbagai cara, sama ada melalui saluran parti atau Kerajaan Pulau Pinang yang dimiliki DAP. Di saat Pakatan Harapan tidak bersetuju tubuh parti baru dan pasa masa itulah DAP yang bekerja keras bagi meyakinkan mereka supaya menubuhkannya segera demi kelangsungan AMANAH.
Perkembangan AMANAH sebenarnya diikuti dan dipantau rapi oleh DAP, khususnya oleh Lim Kit Siang. Lim Kit Siang lah orang yang bertanggungjawab dan paling aktif mencatur strategi untuk kemenangan AMANAH, menggesa calon PAS menarik diri dan menyertai AMANAH, malah menentukan isu-isu yang akan calon-calon AMANAH bawa ke Parlimen jika menang.
Kesimpulannya, AMANAH mendapat tempat yang sangat istimewa di hati pemimpin DAP, begitulah juga dengan pemimpin AMANAH yang sering kelihatan memuji dan membela pemimpin DAP pada setiap masa, pada setiap ceramah bukti memang wujud hubungan istimewa AMANAH dan DAP.
Comments
Post a Comment