MASALAH BANJIR DI PULAU PINANG BERPUNCA DARI KERAJAAN LIM GUAN ENG TAPI DAP SALAHKAN KERAJAAN PUSAT



Dakwaan Ketua Menteri kononnya peruntukan RM1.7 billion dan dakwaan Exco negeri kononnya RM1.1 billion masih belum dijelaskan Kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

Adakah DAP tidak tahu bahawa menerusi Rancangan Malaysia Ke-9, sejumlah 10 projek sudah siap dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1.48 bilion yang merangkumi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bertam Kepala Batas, Bandar Pulau Pinang, Sungai Junjung dan Sungai Perai.

Manakala bagi RMK-10, sebanyak 11 projek telah dilaksanakan membabitkan peruntukan sebanyak RM404 juta dan ia termasuklah projek meneruskan Projek RTB Bertam Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Lembangan Sungai Kerian.

Bagi Projek RTB Lembangan Sungai Kerian, kerja pembinaan masih dilaksanakan dan dijangka siap pada akhir tahun ini.

RMK-11 pula, Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan sejumlah RM150 juta bagi pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi pelaksanaan Projek Mitigasi Banjir Fasa II Pulau Pinang.

Peruntukan itu diluluskan bagi kerja menaik taraf lembangan Sungai Pinang dan adalah sebahagian daripada kos keseluruhan RM350 juta yang diperlukan Pulau Pinang bagi menyiapkan projek mitigasi yang dijangka selesai sepenuhnya pada tahun 2020.

Peruntukan RM150 juta ini sudah diluluskan Parlimen. Setakat ini, Kerajaan Persekutuan sudah memperuntukkan RM20.5 bilion bagi pelaksanaan projek mitigasi banjir di Pulau Pinang sejak 2007 lagi.

Apa sebenarnya dilakukan oleh Kerajaan Lim Guan Eng di Pulau Pinang selain mengelirukan rakyat. Hanya pandai menyalahkan orang lain dan tidak mahu mengakui kelemahan diri.

Ternyata krisis banjir di Pulau Pinang telah memberi kesan yang buruk ke atas pentadbiran Kerajaan DAP. Rakyat mula meragui kemampuan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Oleh itu DAP kini sanggup berbuat apa saja dan sengaja menyalahkan Kerajaan Persekutuan bagi menutup kelemahan mereka.

Comments