Hasrat Kit Siang untuk bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya bertujuan untuk menentang PAS dan bukannya UMNO bersama Barisan Nasional. Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata keghairahan itu sekaligus menafikan pendirian mereka selama ini yang telah disasarkan untuk berdepan dengan parti pemerintah PAS
Hakikatnya DAP khususnya Lim Kit Siang sekarang ini kelihatan seperti cacing kepanasan memandangkan apa-apa sahaja isu akan membuatkan Lim Kit Siang tidak senang duduk dan di sebalik isu menyerang pemimpin PAS dan Lim Kit Siang sendiri melaung-laungkan Selamatkan Malaysia. Pemimpin tertinggi dan teragung DAP sekaligus merupakan pemimpin politik yang paling lama dalam Parlimen di dunia ini, tidak akan dapat menyembunyikan keresahan dan kebimbangannya.
Apa yang dilakukan oleh DAP adalah rancangan DAP yang diharapkan akan membuatkan PAS semakin takut kepadanya, sekaligus tunduk dan sujud kepada DAP seolah-olah tidak berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, PAS semakin menjauhkan diri malah PAS juga memutuskan tahaluf siyasi dengan parti Anwar Ibrahim. Semua sedia maklum Parti Anwar Ibrahim jika berterusan bekerjasama dengan DAP, ini bermakna PAS berada di dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP sendiri.
Kit Siang yang mempergunakan Mahathir sebagai umpan juga nampaknya tidak akan mampu melemahkan pendirian PAS, bahkan PAS juga mahu hubungannya dengan Parti Cap Bunga ditamatkan kerana Cap Bunga tetap mahu bekerjasama dengan DAP. Bagi Kit Siang beliau akan menamatkan apa juga hubungan yang melibatkan parti itu sekiranya parti itu bekerjasama dengan DAP.
Sebab itulah Lim Kit Siang mengubah taktik beliau sendiri dengan mendesak pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan menggunakan apa sahaja cara untuk memecahbelahkan PAS demi kelangsungan hidup DAP dan Pakatan Harapan. Tetapi Kit Siang lupa anaknya dan dirinya sendiri terlibat dalam kes skandal rasuah dan seterusnya salah guna kuasa anaknya Lim Guan Eng yang masih sedang dalam perbicaraan di mahkamah.
Kit Siang sepatutnya menjaga partinya sendiri yang kini sedang berpecah belah kerana kebencian akar umbi terhadap penguasaan kepimpinan dan dinastinya dalam parti. Selain daripada Kit Siang, Guan Eng dan salah seorang anak perempuannya adalah merupakan pemimpin tertinggi dalam DAP dan segala urusan DAP adalah berkisar tentang Lim Kit Siang dan keluarganya sahaja.
Kenapa Kit Siang tidak memberikan tumpuan dan fokus kepada ahli-ahli DAP yang telah keluar beramai-ramai meninggalkan DAP daripada membuang masa memujuk ahli-ahli PAS. Kit Siang dan DAP dilihat sangat terdesak memandangkan mereka mulai sedar sokongan orang Melayu yang mereka nikmati sebelum ini adalah melalui pembabitan PAS dan kini apabila PAS memutuskan hubungan DAP, sudah pasti sokongan orang Melayu terhadap DAP dan Pakatan Harapan akan berkurangan secara drastic. Bahkan kekuatan DAP iaitu sokongan daripada masyarakat Cina juga dilihat mulai susut. Bukan itu sahaja malahan semakin masyarakat Cina yang berani memberikan tentangan secara terbuka kepada DAP dan Lim Kit Siang serta Guan Eng berbanding tahun-tahun lalu.
Kesimpulannya keghairan DAP untuk menawan Kelantan dan menumbangkan PAS di Kelantan hanyalah mimpi semata-mata. DAP tidak akan dapat menawan Kelantan dan merampas Kelantan daripada PAS dengan sikap Kit Siang-Guan Eng dan Pakatan Harapan yang hanya mementingkan kepentingan politik dan peribadi mereka semata-mata tanpa menjaga hak dan kebajikan rakyat khususnya.
Comments
Post a Comment