Mahathir yang selama ini terkenal dengan sifat anti PAS nya bertindak meluahkan perasaan marah terhadap PAS yang telah mengkafirkan dirinya sebelum ini.
Luahan perasaan tersebut dipaparkan di dalam tulisannya di dalam akaun blog chedet. Manakala portal berita Astro Awani telah menyunting dan menerbitkannya semula.
Bukan setakat itu, Mahathir juga cuba memburukkan nama PAS dan kepimpinannya dengan menuduh tindakan kafir-mengkafir PAS adalah punca perpecahan di dalam kalangan orang Melayu Islam di Malaysia.
Reaksi Mahathir seolah-olah mahu melepaskan rasa kecewanya terhadap PAS yang menolak mentah-mentah pelawaan PPBM dan PKR untuk mereka bergabung dalam Pakatan Harapan bagi menjatuhkan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pada PRU-14 akan datang.
Menurut tulisan Mahathir dalam blognya, dia tidak marah jika dia dipanggil penyangak, penyamun, diktator dan sebagainya, tapi yang paling sedih dan marah apabila PAS mengkafirkan dirinya dan semua orang Melayu yang tidak sokong PAS.
Mahathir juga kecewa dan marah dengan beberapa kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi gambaran lebih kurang sama dengan maksud mengkafirkan dirinya.
Malah Amanat Hadi juga menjadi bahan hujahan Mahathir untuk melepaskan kemarahannya terhadap Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Presiden PAS itu.
Namun kita tahu apa maksud sebenar Mahathir. Dia mahu memecahbelahkan PAS agar kepercayaan hali PAS kepada kepimpinan PAS pada masa ini luntur.
Tapi kita tahu, penyokong dan ahli PAS bikan baru sekali ini dipertikai dan disisihkan dari pembangkang. PAS juga sudah berpengalaman dengan sepak terajang DAP dalam politik.
Dengan hujah dalam tulisan Mahathir yang menyerupai wali maksum dengan menggunakan agama untuk melawan pak lebai PAS itu, belum tentu penyokong PAS akan beralih arah untuk menyokong PPBM atau PH pada PRU nanti.
Malah jika diperhatikan penulisan dalam blog chedet milik Mahathir itu seperti bukan diri Mahathir yang menulis. Ianya seolah-olah ada orang lain yang menulis bagi pihaknya.
SUMBER RUJUKAN PENUH :
http://www.astroawani.com/…/saya-tidak-marah-dipanggil-peny…
Comments
Post a Comment