LAWATAN AZMIN KE CHINA BUKTI PEMBANGKANG HIPOKRIT



Baru-baru ini lawatan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali ke Cina kononnya meraih pekaburan adalah bukti yang menunjukkan sikap hipokrit pakatan pembangkang. Politik putar belit yang ditunjukkan oleh Azmin Ali membuktikan segala tohmahan pembangkang bahawa Malaysia akan dijual kepada China selama ini umpama meludah ke langit.

Laluan Azmin Ali mengadakan kunjungan ke China hanya sekadar khayalan jika tiada usaha awal dirintis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri yang menggerakkan pelbagai usaha bagi membawa masuk pelaburan dari China, sama ada melalui peringkat antara kerajaan (G2G), perniagaan ke perniagaan (B2B) mahupun rakan setara (P2P) seperti lawatan ke republik.

Hasilnya jumlah pelaburan China ke Malaysia mencecah lebih RM 30 bilion selain menempa laluan untuk Ali Baba Group membuka hab pengedarannya di Sepang yang secara tidak langsung membawa pulangan kepada Kerajaan Selangor. Kejayaan Perdana Menteri membawa sejumlah pelaburan yang besar ini dijadikan modal politik pembangkang dengan mendakwa Kerajaan Persekutuan menjual negara kepada China.

Hakikat sebenarnya pembangkang cuba memburukkan Malaysia dalam misi luar negara mereka dan mengganggapnya sebagai tindakan mensabotaj ekonomi negara dan tindakan pembangkang ini adalah kesilapan besar kerana ia seakan-akan menghalau pelabur asing dari negara ini.

Ini satu tindakan yang merugikan kita sendiri dan menunjukkan sikap dan perangai sebenar pembangkang yang tidak sayang akan tanah air sendiri. Tindakan pembangkang memburukkan Malaysia adalah salah satu cubaan untuk menutup kelemahan mereka sendiri dari segi pentadbiran dan pemerintahan.

Di manakah logik pembangkang tentang dakwaan mereka kononnya negara dijual melalui pelaburan asing, sedangkan kita dan syarikat Malaysia melabur hampir RM 56.9 bilion di luar negara dan kalau menggunakan logik yang digunakan pembangkang, negara mana yang telah menjual maruah dan kedaulatan mereka kepada Malaysia?

Malah terdapat segelintir pembangkang yang kerap mengatakan Malaysia ini adalah sebuah negara yang gagal dan ini adalah rancangan pembangkang yang telah mencanang fitnah berpuluh-puluh tahun. Pembangkang sepatutnya menggunakan logik akal dan melihat sendiri keyakinan pemimpin luar negara terhadap Malaysia di mana dalam tempoh dua tahun sahaja, negara telah menerima kunjungan dan lawatan daripada pelbagai ketua negara termasuk Presiden Perancis, Raja Arab Saudi dan lain-lain.

Kesimpulannya kita jangan terus terus tertipu dan terpedaya dengan pelbagai terma ekonomi dan pelaburan dimomokkan pembangkang dalam cubaan mencetuskan kekeliruan. Inilah sikap hipokrit pembangkang untuk terus memburukkan imej dan nama Najib dan Kerajaan Barisan Nasional. Cukup-cukuplah pembangkang mengelirukan kita semua dengan sikap hipokrit pembangkang malag cuba meraih keuntungan dan hasil usaha daripada Kerajaan Persekutuan yang mereka kritik sebelum ini.

Comments