Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP mempersoalkan peruntukan RM 2 bilion daripada kerajaan Persekutuan untuk Projek-projek Tebatan Banjir di negeri ini adalah berniat jahat dan bertujuan mengelirukan kita semua.
Amat memalukan apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Exco Tebatan negeri Cho Kon Yeow tidak tahu mengenai projek tebatan banjir berkenaan sedangkan semuanya dalam pengetahuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sebuah agensi di bawah kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.
Kit Siang juga membuat dakwaan, tuduhan dan fitnah yang kononnya peruntukan RM1.7 billion dan dakwaan Exco Tebatan Banjir kononnya RM1.1 bilion masih belum dijelaskan oleh kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik. Ia menggambarkan ketua menteri dan Exconya tidak tahu menahu tentang apa yang sebenarnya berlaku di negeri yang mereka tadbir. Tanpa peruntukan tersebut tentunya keadaan banjir di Pulau Pinang akan lebih teruk lagi terutamanya di sekitar kawasan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang telah di laksanakan.
Jelas sekali Kit Siang sentiasa menggunakan kata-kata yang berbentuk hegemoni, kleptokrasi, negara gagal, negara penyangak, selamatkan Malaysia, propaganda UMNO, ramuan kepalsuan dan sebagainya, Kata-kata ini adalah trademark Kit Siang dan kita semua tidak akan dapat mencari ucapan, kenyataan akhbar ataupun posting blog dari Kit Siang yang tidak mengandungi perkataan berkenaan.
Kit Siang adalah pelacur tua yang setiap apa yang diperkatakan oleh Kit Siang adalah pembohongan, penipuan dan beliau menggunakan cybertroopers Red Bean Army (RBA) untuk berbohong, menipu, menyebarkan propaganda, dan Kit Siang berani menuduh orang lain melakukan pembohongan.
Kit Siang adalah grand-master kepada semua ini sehinggakan Kit Siang adalah apa yang orang Melayu panggil kaki putar belit dan beliau mempunyai 51 tahun pengalaman dalam seni belit dari hari Lee Kuan Yew menghantar beliau pulang ke Malaysia dan seterusnya mengambil alih DAP.
Kesimpulannya rakyat secara khususnya jangan mudah mempercayai kata-kata Kit Siang, beliau sanggup memutar belitkan percakapan dan kenyataan beliau semata-mata mahu memburukkan kerajaan sedia ada sekarang ini. Dalam Pilihan Raya Umum nanti kita seharusnya sudah bijak dan pandai memilih bukan mengundi DAP Dan Pakatan Harapan,. Undilah Barisan Nasional, hanya Barisan Nasional sahaja mampu menjaga hak dan kebajikan kita dulu, kini dan selamanya.
Comments
Post a Comment