KETUA MENTERI PULAU PINANG WAJIB DITUKAR KERANA MENCABULI HAK RAKYAT


Dari dulu sikap Lim Guan Eng memang tidak menjawab persoalan, lain yang ditanya lain pula yang dijawab. Ini situasi putar belit Guan Eng yang berlaku sejak dahulu termasuklah di awal skandal pembelian banglo di jalan Pinhorn terbongkar.

Guan Eng tidak jawab kenapa dan bagaimana beliau boleh beli banglo mewah terlajak murah itu, tetapi cara menjawabnya adalah dengan mengajak pihak media datang ke rumahnya dan minum kopi selain memberi alasan tiada kolam renang.

Jadi, memang wajarlah apabila Guan Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP yang belum sah jawatannya itu diberi amaran agar tidak merampas hak dan menghalang orang ramai untuk mengetahui kebenaran.

Guan Eng terus mendakwa beliau kononnya menjadi mangsa penganiayaan politik. Walau apa pun, beliau harus membuktikan tidak bersalah di mahkamah, dan tidak menggunakan segala cara untuk mengelakkan perbicaraan mahkamah dan penelitian awam.

Rakyat kena menggesa Lim Guan Eng untuk berhenti menggunakan taktik yang melambatkan dan konspirasi politik untuk menipu orang ramai dan membenarkan kes mahkamah untuk meneruskan.

Posted by - Khalish Fatin

Comments