Pembangkang kini berada dalam keadaan keluh kesah apabila setiap serangan mereka dijawab menerusi fakta meyakinkan sekali gus menggagalkan usaha mereka untuk mengelirukan rakyat.
Malahan setiap serangan pembangkang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk mengenai pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump hanya menampakkan kegelisahan mereka terhadap satu demi satu kejayaan yang berjaya dibawa Perdana Menteri kepada negara.
Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi Najib jelas merencatkan perancangan pemimpin pembangkang sehingga mereka hilang idea kerana semua tohmahan dan fitnah pembangkang dapat dijawab dengan fakta.
Apabila mereka menyerang Najib berkaitan ekonomi, Bank Negara Malaysia (BNM) umum pertumbuhan 5.8 peratus bagi suku kedua 2017. Serangan tentang pelaburan dengan China yang dibangkitkan mereka juga capai kegagalan apabila pelabur China tiada masalah untuk melabur ke sini.
Mereka juga tekan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menakutkan pelabur tetapi syarikat multinasional itu terus datang ke pelbagai tempat terutama di Pulau Pinang, Johor dan Selangor dengan pelaburan tinggi.
Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur terus menerima limpahan pembangunan dan pelaburan. Di¬sebabkan kehabisan modal, maka mereka lakukan pula serangan berkaitan pertemuan Najib dan Trump.
Tuduhan pembangkang terhadap pertemuan tersebut yang kononnya diadakan secara tidak rasmi gagal dibuat secara meyakinkan kerana Trump jelas amat menghargai kunjungan Najib serta dele-gasi negara.
Media-media antarabangsa turut melaporkan mengenai pertemuan kedua-dua pemimpin itu dengan Trump selaku presiden kepada sebuah kuasa besar dunia mengiktiraf Malaysia dari segi ekonomi lalu mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri.
Hakikatnya Perdana Menteri kali ini sekali lagi berjaya mengatasi serangan pembangkang sekali gus membuat mereka terus gundah gulana. Mereka kini hilang panduan dan hilang modal untuk menyerang Perdana Menteri Najib . Segala perancangan mereka gagal dan serangan demi serangan yang dibuat mereka dijawab dan diselesaikan dengan bijak oleh Najib.
Comments
Post a Comment