KEDUDUKAN KE-15 DUNIA BUKTI KERAJAAN MALAYSIA KOMPETEN DAN EFISIEN



Malaysia berada di kedudukan ke-15 dalam senarai perbelanjaan kerajaan paling efisien dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) 2017-2018 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Malaysia berada di tempat ke-15 yang dinilai lebih baik dari negara-negara Eropah dan Asia lain seperti Finland (16), Norway (18), China (19), Iceland (23), Sweden (26) dan Jepun (29) berbanding 137 negara sementara Emiriah Arab Bersatu (UAE) merangkul tempat pertama.

Di peringkat ASEAN, Malaysia menduduki tempat kedua dalam kalangan sembilan negara ASEAN berikutan kecekapan dalam perbelanjaan kerajaan.

Di samping itu juga Malaysia juga berjaya mendahului negara-negara maju seperti Korea Selatan yang berada di kedudukan ke-26 dan China ke-27.

Selain daripada kecekapan perbelanjaan kerajaan, Malaysia berada di tempat ketiga di dunia dari segi kekuatan dalam perlin¬dungan pelabur dan mendapat tempat kelima dalam peraturan kerajaan.

Di rantau ASEAN, Brunei Darussalam berada di kedudukan ke-23 dalam senarai perbelanjaan kerajaan paling efisien diikuti oleh Indonesia di tempat ke-25. Sementara itu, Laos, Thailand, Vietnam, Filipina dan Kemboja masing-masing menduduki tempat ke-30, 51, 69, 88, dan 89.

Malaysia juga naik dua anak tangga kepada kedudukan ke-23 daripada 137 negara dalam aspek daya saing global berbanding tahun lepas pada kedudukan ke-25 daripada 138 negara.

Perkara 12 tonggak yang dinilai meliputi institusi, prasarana, persekitaran makroekonomi, kesihatan dan pendidikan utama, pendidikan tinggi dan latihan, kecekapan pasaran barangan, kecekapan pasaran buruh, pembangunan pasaran kewangan, kesediaan teknologi, saiz pasaran, kecanggihan perniagaan dan inovasi.

Pencapaian ini membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia adalah sebuah negara yang kompeten, efisien dan berdaya saing sekaligus menyangkal dakwaan pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang yang sering kali mengkritik kemampuan Barisan Nasional mengurus Malaysia.

Pencapaian ini juga secara tidak langsung menutup mulut para pengkritik politik di Malaysia. Kini tidak dapat dinafikan bahawa taraf perkhidmatan Kerajaan adalah bertaraf dunia. Tahniah Malaysia tahniah Kerajaan pimpinan Dato Sri Najib Tun Razak.

Comments