KARAKTER NAJIB YANG SUKAR DINAFIKAN PEMBANGKANG



Segala usaha dan percubaan pembangkang memfitnah dan membunuh karakter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan Najib lebih istiqamah dan bijaksana melawan aura jahat berkenaan.

Kini dengan petunjuk ekonomi yang semakin positif, Najib menjadi semakin masak dan bijaksana serta semakin berjaya menguruskan negara.

Najib kini dalam diam dan penuh kesabaran mempamer kejayaan dan pencapaian lebih baik dari 22 tahun era Tun Mahathir.

Sikap Najib yang dianggap isterinya (Rosmah Mansur) juga sebagai seorang yang terlampau penyabar tidak panik dalam mengurus situasi genting membolehkan apa yang dirancangkannya kini dan masa depan beroleh kejayaan.

Malah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad yakin PM Najib mampu menyambung kecemerlangan legasi kepimpinan bapanya Tun Abdul Razak Hussein dan dapat mencorakkan masa depan Malaysia yang memenuhi segala potensi.

Perjuangan PM Najib dengan mengangkat martabat semua bangsa di Malaysia membuktikan bahawa dia adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat. Segala janji dan visi yang diungkapkan pasti ditepati demi memastikan kejayaan memihak kepada Malaysia.

Karakter-karakter inilah yang membuatkan pembangkang di Malaysia panik.

RCI Forex - mereka panik

Trump jemput Najib - mereka panik

Pertumbuhan KDNK 5.8% - mereka panik

Kerjasama ekonomi dengan China - mereka panik

SEA GAME KL2017 Malaysia Juara dapat 145 Emas 
Dato Sri Najib dapat sambutan dan tepukan gemuruh orang muda - mereka panik

Export Malaysia meningkat - mereka panik

Baki Akaun Semasa Negara melonjak - mereka panik.

Rizab negara meningkat - mereka panik.

Berita tindakan US DOJ bakal digugurkan - mereka panik.

Tanya pasal Tragedi Memali - panik sampai baling kerusi

Apa yang mereka tidak panik? Pendek kata apa sahaja yang baik untuk negara mereka akan panik meroyan tak tentu pasal.

Comments