HINDRAF SUDAH TERKUBUR KATA DAP


Isu penyertaan HINDRAF dalam Pakatan Harapan kini membawa reaksi yang berbeza-beza di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan khususnya parti DAP dengan PPBM. Di antara pemimpin yang lantang mengkritik cadangan kemasukan HINDRAF dalam Pakatan Harapan adalah Nga Kor Ming.

Nga Kor Ming dan kebanyakan pemimpin DAP tidak bersetuju bahawa penyertaan HINDRAF dalam Pakatan Harapan akan membawa kelebihan kepada Pakatan Harapan. DAP beranggapan bahawa HINDRAF yang berorientasikan kepada kaum India itu tidak akan membawa sebarang perubahan kepada Pakatan Harapan.

HINDRAF sudah terkubur dan tidak akan memberi sebarang impak kepada Pakatan Harapan. DAP akan membantah sekerasnya kemasukan HINDRAF dalam Pakatan Harapan dan tidak akan membenarkan HINDRAF menyertai Pakatan Harapan.

Berbeza pula dengan pandangan Tun Dr. Mahathir, pengerusi Pakatan Harapan dan ahli DAP, Zaid Ibrahim yang beranggapan bahawa HINDRAF mampu menarik sokongan kaum India bagi pihak Pakatan Harapan.

Perbezaan pandangan ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir hanya mahu menggunakan HINDRAF sebagai platform untuk memenuhi agenda politiknya sahaja. Manakala DAP pula tidak mahu campur tangan HINDRAF dalam Pakatan Harapan kerana mereka tahu latar belakang HINDRAF yang buruk.

Bagi DAP, kaum India yang sudah menyertai 4 komponen utama parti Pakatan Harapan sudah memadai dan HINDRAF tidak diperlukan dalam Pakatan Harapan. Malangnya kaum India dalam Pakatan Harapan tidak mendapat tempat. Jika HINDRAF sertai Pakatan Harapan, mereka juga bakal hadapi tentangan hebat DAP secara senyap.

Comments