Kasihan... dulu merekalah yang terpekik terlolong mempromosikan PPBM dan menaikkan nama Muhyiddin Mukhriz dan kroni Mahathir untuk memgang jawatan tertinggi di dalam PPBM.
Malah mereka juga sanggup menggadaikan masa, karier dan masa depan politik mereka demi Mahathir. Bermodalkan caci maki terhadap Dato Seri Najib dan fitnah skandal 1MDB yang mereka canang membawa mereka kepada penubuhan dan pengasas PPBM.
Dalam setiap kempen dan ceramah mereka tidak pernah lekang dengan budaya fitnah dengan manuduh semua usaha kerajaan salah dan tidak betul kerana mereka tahu Mahathir ada di belakang mereka untuk "BACK UP" mereka.
Tetapi selepas digelar SAMPAH oleh mentornya sendiri, Datuk Hamidah Osman meluahkan perasaannya di Facebook...
“Apa sebenarnya yang kalian mahu?”
“Bila ku diam dituduh pelbagai… bila bersuara dituduh mencari simpati dan helah. Apa sebenar yang kalian mahu?”
Beliau bertanyakan soalan itu kepada kepimpinan PPBM yang menyamakan tindakannya meninggalkan parti itu sebagai sampah.
Sudah pasti mereka yang digelar sampah ini berasa terhina oleh kenyataan seorang yang dianggap negarawan itu. Seolah-olah usaha mereka selama ini untuk menarik penyokong menyertai PPBM dan menarik ahli Umno supaya percayakan perjuangan PPBM yang mahu membantu Melayu semua sudah tidak berguna dan dipandang sepi.
Kamarulazman Habibur Rahman menyindir bahawa mungkin Mahathir adalah insan terpilih dan tidak pernah berbuat salah.
Mahathir juga dikarakan mudah pelupa pada usia 92 tahun kerana dia banyak kali sukar menyebutkan nama partinya sendiri sehingga perlu dibantu oleh orang sekelilingnya. Sehinggakan Mohd Sabu pun Mahathir beri jawatan Presiden Umno.
Letak anak emas iaitu Mukhriz untuk dilantik sehingga ke tahap tertinggi dalam politik walaupun ramai orang tahu anak Mahathir itu tiada karisma sebagai seorang pemimpin.
Kenyataan Mahathir juga selalu berubah-ubah sehingga menyusahkan pelbagai pihak dan Kamarulzaman juga mendedahkan Mahathir kini amat mudah dipengaruhi. Mahathir sebenarnya sudah tidak dapat membezakan antara kawan dan lawan.
Tindakan Mahathir menghina mereka yang keluar dari parti yang dipimpinnya difahamkan adalah suatu yang menjadi kebiasaannya baginya ekoran pernah melemparkan hinaan yang sama kepada mereka yang meninggalkan UMNO ketika beliau memimpin parti itu dahulu.
Difahamkan bahawa antara yang pernah dihina Mahathir ekoran menentang dan keluar dari UMNO dahulu adalah seperti bekas Perdana Menteri yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi.
Difahamkan bahawa pepecahan pula kian membarah di dalam parti itu yang dikatakan mengamalkan buadaya "kronisme", pilih kasih dan politik berkepentingan, termasuk percakaran yang berlaku dalam perebutan jawatan dan calon pilihan raya.
Namun begitu, dari sudut keahliannya yang dikatakan mencecah lebih sejuta orang meskipun baru-baru ini beberapa sumber mendedahkan jumlah keahliannya hanya sekitar 80,000 hingga 90,000 sahaja.
Comments
Post a Comment