GABUNGAN PAS DAN UMNO MAMPU MEMPERTAHANKAN KELANTAN DAN MENUMBANGKAN PAKATAN HARAPAN YANG DIKUASAI DAP
Benarkah Kerajaan PAS benar-benar kukuh di Kelantan? Atau adakah bakal wujud kerajaan baru di Kelantan dalam bentuk Pakatan Harapan dan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang? Orang Kelantan memilih pentadbiran PAS antara tahun 1959 dan 1978 sehinggalah kini. Apatah lagi dengan kehadiran Tok Guru Nik Aziz seorang ulama yang tegas dengan sikap rendah dirinya menjadi faktor positif yang berterusan untuk orang Kelantan mengundi PAS. Amat malang sekali ulama yang bijaksana ini tiada lagi sejak tahun 2015.
Namun begitu, apa yang menarik tentang Kelantan adalah kekuatan orang Kelantan menolak momok Cina malah cerita takut dengan DAP yang sering menjadi kawasan yang majoritinya Melayu tidak pernah terkesan di Negeri Cit Siti Wan Kembang kerana orang Kelantan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Orang Kelantan berhijrah dan menetap di Kuala Lumpur tetapi mereka masih mengundi kampung halaman mereka di mana undian mereka sama sekali tidak memihak kepada pakatan pembangkang iaitu Pakatan Harapan.
PAS boleh menjadi penentu politik negara, sebagai sebuah kuasa terutamanya kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum akan datang. Dengan mengandaikan Amanah, Bersatu dan PKR tidak bertanding menentang satu sama lain tetapi membentuk satu gabungan yang mantap – melawan PAS atau Umno, atau kedua-duanya, dalam pertandingan tiga atau empat penjuru – maka pihak yang bakal rugi besar bukanlah Pakatan Harapan dan Bersatu.
Jika PAS dan Umno tidak dapat mencapai satu persetujuan untuk membentuk gabungan pilihanraya, dan mengambil keputusan untuk berlawan antara satu sama lain – sementara Pakatan dan Bersatu membentuk gabungan untuk meletakkan calon tunggal di setiap kerusi – tiada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat keputusan pilihanraya di Kelantan nanti, terutamanya bagi kerusi-kerusi yang marginal, iaitu yang dimenangi dengan peratusan undi yang kecil.
Kesimpulannya PAS dan UMNO seharusnya bersatu dan bergabung mempertahankan Kelantan agar menjadi milik kedua-dua parti itu daripada dirampas oleh DAP di Kelantan. Kita harapkan perkara ini akan menjadi kenyataan untuk memastikan hak dan kebajikan orang Kelantan sentiasa terpelihara di bawah kedua-dua parti ini.
Comments
Post a Comment