GABUNGAN 4 MANTAN MENTERI BESAR SELANGOR BAKAL BUAT AZMIN ALI TERCIRIT DAN TIDAK SENANG DUDUK



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini dalam keadaan gusar dan gundah gulana apabila 3 mantan menteri besar negeri itu, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamed Khir Toyo berazam untuk merampas kembali Selangor. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini calon bebas di DUN Selangor dan bekas pemimpin PKR turut akan turun menentang Azmin Ali.

Gabungan 4 bekas pemimpin yang merupakan mantan Menteri Besar Selangor ini sudah pasti akan menyusun strategi terbaik dan penuh teliti bagi merampas Selangor. Mat Taib merupakan Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997, Abu Hassan dari 1997 hingga 2000 dan Khir Toyo dari 2000 hingga 2008. Manakala Khalid Ibrahim dari tahun 2008 hingga 2014.Kesemua bekas pemimpin ini akan mencurahkan pengalaman masing-masing bagi memastikan Selangor dirampas kembali .

Gandingan 3+1 mantan Menteri Besar Selangor ini dilihat akan memberi ancaman kepada kedudukan Azmin Ali. Muhammad, Abu Hassan dan Khir Toyo bakal digabungkan bagi memastikan Barisan Nasional menawan kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14. Tidak mustahil Khalid Ibrahim bakal menyertai gabungan ini kerana beliau juga mempunyai matlamat yang sama untuk menjatuhkan Kerajaan Azmin Ali sebagaimana parti PKR lakukan terhadapnya pada tahun 2014.

Keresahan Azmin Ali semakin jelas terpampang di riak wajahnya apabila Azmin Ali memberi reaksi balas ke atas perkembangan isu penglibatan gabungan bekas mantan Menteri Besar Selangor yang tekad untuk merampas Selangor dari kerajaan Pakatan Harapan. Malah bagi menyedapkan hati Azmin Ali, beliau berkata gabungan itu juga tidak akan berjaya berdasarkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan walhal dia tidak sedar bahawa parti PAS sudah tidak bersamanya. PKR menang kerana bantuan PAS di Selangor.

Malah perlu diingatkan bahawa jawatan Menteri Besar yang dipegangnya itu adalah ehsan dari parti PAS yang memberi laluan kepadanya selepas pencalonan Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor ditolak pihak istana. Kini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali bakal berdepan dengan lawan mantan-mantan Menteri Besar Selangor. Bukan 1 tapi 4 mantan Menteri Besar!

Comments