DAP MAHU JADI JAGUH BEER FESTIVAL



Tindakan DAP yang mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berlagak seperti jaguh agama sebagai biadab dan tidak menghormati keputusan itu.

DAP kini hanya ingin menunjukkan 'jaguh' memperjuangkan agenda orang bukan Islam khususnya untuk masyarkat Cina. Mereka hanya mahu mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan kepada orang bukan Islam mereka memperjuangkan agenda mereka.

DAP tidak sedar bahawa tindakan mereka ini sebenarnya boleh membawa permasalahan jangka pendak kepada masyarakat dan negara.

Apa yang jelas sikap keterbukaan dan kebebasan harus ada sempadannya dengan itu harus diingatkan negara Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya Islam. Bagi DAP jangan tuduh DBKL jalankan tugas membabi buta kerana kepentingan politik.

DAP kini hendak tunjuk dia juara yang perjuangkan kepentingan orang bukan Islam. Mereka ibarat besar kepala, masih lagi nak persoalkan itu ini dan kononnya penganjuran ini tidak salah undang-undang.

Tidak pernah terfikirkah DAP tentang perasaan dan sensiviti umat Islam? Atau parti ini memang tiada perasaan. Adakah kerana mereka berjaya menawan kerusi-kerusi parlimen dan dewan undangan negeri di kawasan Bandar membolehkan mereka boleh berbuat apa saja!

Empat wakil rakyat DAP di ibu negara dan seorang daripada PKR iaitu Tan Kok Wai, Fong Kui Lun, Teresa Kok, Lim Lip Eng, dan Dr Tan Kee Kong baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bersama membidas langkah DBKL mengharamkan pesta arak Better Beer Festival 2017.

Mereka mendakwa kerajaan tempatan itu “berlagak jadi jaguh agama”, tunduk dengan permainan parti politik serta tidak mempedulikan semangat muhibah di Wilayah Persekutuan. DAP pula tak sedar diri, nak jadi jaguh Arak!

Comments