Semua sedia maklum objektif penubuhan DAP yang merupakan serpihan PAP tidak akan sekali-kali menjaga hak dan kebajikan orang Melayu dan Islam itu sendiri. Malahan selama DAP memerintah Selangor dan Pulau Pinang ini semuanya hanyalah lakonan dan sandiwara politik semata-mata.
Orang Melayu dan umat Islam jangan tertipu dan terpedaya dengan segala pembohongan DAP yang kononnya mahu memjaga kebajikan dan hak kumpulan masyarakat Melayu itu. Dan adalah tidak mustahil jika Pakatan Pembangkang memerintah agama Islam dan orang Melayu di negara ini akan terus memporak perandakan dan memecahbelahkan orang Melayu seandainya ia diperintah oleh DAP yang sama sekali langsung tidak pernah menghormati sentimen masyarakat Melayu Islam.
Sejak akhir-akhir ini juga pemimpin DAP sering kali memperlekehkan sensitiviti Islam dan orang Melayu selain sering menampilkan dasar yang hanya mementingkan perjuangan kaum Cina. DAP sama sekali tidak pernah menjunjung dasar-dasar Islam di negara ini sehinggakan mereka sanggup membiarkan hak orang Melayu dan agama Islam dipertikaikan oleh pihak lain demi mengejar impian untuk berkuasa. Segelintir pemimpin cauvinis DAP juga tidak akan memberikan tempat kepada orang Melayu malah sama sekali tidak akan membantu kelangsungan golongan Melayu sekiranya berkuasa kelak.
Kesimpulannya, DAP hanya mempergunakan pemimpin-pemimpin dalam parti Melayu untuk memancing undian daripada orang Melayu dan bukannya mahu menjaga hak dan kebajikan orang Melayu. Kita sebagai orang Melayu seharusnya sedar dan pastikan kita tidak akan sekali-kali mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum nanti. Undilah Barisan Nasional.
Comments
Post a Comment