DAP diibaratkan bersikap seperti dijangkiti virus rabies atau anjing gila dalam usahanya untuk kekal sebagai parti yang menguasai dalam Pakatan Harapan. Namun, AMANAH, BERSATU dan PKR tidak menggigit seperti diharapkan menyebabkan DAP kini seperti dijangkiti virus rabies. DAP akhirnya menzahirkan juga kerakusan dan nafsu besar mereka untuk berkuasa.
Lim Kit Siang dalam beberapa kenyataan terbarunya bukan sahaja dilihat telah mengabaikan AMANAH, malah langsung tidak mempedulikan pengaruh BERSATU. Bahkan beliau secara terangan meminta dan menyebut pula kerusi-kerusi untuk DAP, sedangkan ia ditandingi PKR sebelum ini.
Pengaruh dan cengkaman oleh Kit Siang dan Lim Guan Eng dalam DAP bakal menyebabkan parti itu berkubur tidak lama lagi.
Ia ditambah dengan keangkuhan mereka yang sering menunjukkan sikap anti Islam serta memperlekehkan syariat. Malah, mereka juga biadab mempertikai pelbagai status-quo negara ini terutama menyentuh berkaitan hak keistimewaan Melayu.
DAP juga mampu mengikat Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas diktator yang pernah berkuasa selama 22 tahun.
Malah, kenyataan Guan Eng bahawa PAS berisiko kehilangan Kelantan dalam PRU akan datang jika tidak bersama Pakatan Harapan sebagai ungkapan yang angkuh dan berbaur ugutan kebudak-budakan.
Jika Guan Eng merasakan bahawa PAS masih punyai sisi untuk diperkuda atau dimainkan, ingin ditegaskan bahawa seorang Mukmin tidak dipatuk dua kali di lubang yang sama. Hakikatnya, dua beranak ini sedang dihantui oleh kebimbangan kehilangan Pulau Pinang serta sebahagian besar kerusi dimiliki sekarang.
DAP ghairah menggalak wakil rakyat dari BN melompat parti, merasa sakit bila ADUN sendiri menyeberang. Mereka menjulang wakil rakyat yang keluar parti menyertai mereka sebagai wira, tetapi melabel wakil rakyat sendiri pengkhianat bila keluar DAP.
Ketika DAP sibuk pihak lain akan hilang kekuatan, DAP sendiri terlebih dahulu menghadapi satu persatu kehilangan kekuatan apabila pemimpin, wakil rakyat dan ahlinya terutama di Sabah dan Melaka bertindak keluar daripada parti cauvinis itu.
Di samping itu, kedua-dua anak-beranak Lim sedang meredakan ketegangan porak peranda yang berlaku dalam parti mereka dengan menyerang PAS dan mengganggu rakan parti HARAPAN sendiri. Mereka mulai menghidu bahawa formula gabungan menerusi HARAPAN tidak menjamin kemenangan, malah dikhuatiri terdedah kepada pelbagai pengkhianatan.
DAP terpaksa bergelut dengan pelbagai akibat dari kejahatan yang mereka rencanakan dahulu.
Comments
Post a Comment