DAH LA TAK TAHU WUJUD PROJEK TEBATAN BANJIR DI NEGERINYA, LIM GUAN ENG TUDUH PULA KERAJAAN PUSAT TAK BANTU



Pada Ahad lalu, Lim Guan Eng meminta Pengerusi Majlis Tindakan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman membuktikan bahawa kerajaan pusat telah membelanjakan RM2 bilion untuk projek tebatan banjir di negeri itu.

Menurut Guan Eng, hanya RM300,000 dibelanjakan kerajaan pusat berdasarkan rekod yang diperiksanya dan mempersoalkan baki daripada peruntukan tersebut.

Namun, sebelum itu Zainal Abidin dalam kenyataannya mendakwa kerajaan pusat tidak pernah memberhentikan peruntukan untuk projeK mitigasi banjir di Pulau Pinang walaupun dipimpin DAP sejak 2008.

Menurutnya, RM2 bilion itu merangkumi RM1.5 bilion termasuk RM34 juta untuk pembersihan dan rawatan air Sungai Pinang daripada RMK-10 (2006-2010), dan RM404.5 juta daripada RMK-11 (2011-2015).

Maklumat terperinci ini ditambah lagi dengan kenyataan yang diberikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan terlebih dahulu menyangkal dakwaan Lim Guan Eng yang mengatakan kerajaan pusat tidak memainkan peranan membantu menangani banjir di Pulau Pinang.

Menurut Junaidi Sejak 2006, kerajaan telah melaburkan sejumlah RM2.5 bilion ringgit untuk pelbagai projek, termasuk 29 projek besar untuk mitigasi banjir di negeri tersebut. Junaidi juga menegaskan beliau mempunyai senarai penuh semua projek mitigasi di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Junaidi turut menyenaraikan beberapa lagi projek sampingan yang akan dilaksanakan di Pulau Pinang. Manakala jumlah keseluruhan menjadikan nilai projek sebanyak RM2.8 bilion.
Cuma pihaknya masih belum dapat menyelesaikan projek di Sungai Pinang yang bernilai RM150 juta kerana masalah pemilikan tanah dan pembersihan setinggan.

Proses pemilikan semula tanah yang bertindan dan pembersihan kawasan setinggan ini memakan masa, kerajaan negeri hanya dapat selesaikannya pada 2016.

Bagaimanapun Wan Junaidi berjanji pada 1 Januari tahun depan projek ini akan diserahkan kepada kontraktor dan projek ini dijangka mengambil masa dua tahun untuk siap sepenuhnya.

Namun tegas beliau, kerjasama daripada kerajaan negeri yang menguruskan jabatan pengairan dan saliran amat diperlukan dalam memastikan keberkesanan projek-projek yang dilaksanakan.

Kalau siap nanti, sekiranya berlaku fenomena hujan lebat berterusan dan air pasang tinggi seperti sebelum ini, keadaan itu tidak akan buruk.

Walau bagaimanapun, mitigasi banjir ini bukan penyelesaian muktamad. Kerajaan negeri menjaga perparitan dalaman, besarkan perparitan dan memastikan sistem perparitan dibaiki dan dilihat semula.

Namun begitu, Lim Guan Eng tidak perlu menyalahkan fenomena alam hujan lebat dan ribut berpanjangan semata-mata untuk lari daripada tanggungjawabnya. Bila sudah berlaku musibah jangan pula mencari kesalahan pihak lain.

Sepatutnya kerajaan Pulau Pinang bersama-sama kerajaan pusat memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang.

Kerana rakyat yang tinggal di kawasan rendah dan mudah dinaiki air ini tidak mahu banjir besar yang memusnahkan harta benda ini berulang kembali.

Cukup-cukuplah berpolitik Lim Guan Eng.

Comments