Memberi alasan hanya untuk bukan Islam dan pelancong akan lari disebabkan pembatalan pesta arak bulan depan, menunjukkan kurang sensitifnya pemimpin DAP terhadap umat Islam yang majoriti tinggal di Malaysia.
Kita adalah masyarakat berbilang kaum dengan majoriti masyarakat yang beragama Islam yang tinggi dan sesiapa yang ingin menganjurnya apa-apa aktiviti sebagainya harus lebih sensitif tentang perkara ini.
Jika penganjuran Festival Arak tersebut dilakukan secara tertutup dan di dalam skala yang kecil, jika mereka nak mandi arak sekalipun buatlah !!
Jangan cemari Kuala Lumpur dan dimana-mana tempat di Malaysia ini dengan penganjuran pesta atau festival yang akhirnya akan mengundang perkara yang lebih buruk dan malapetaka kepada mereka yang tidak terlibat.
Walau bagaimanapun setelah dibantah dan diberi pertimbangan sewajarnya terhadap penganjuran yang tidak berfaedah itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan penganjur membatalkan acara itu kerana isu pelesenan dan bagi menjaga sensitiviti sosial di Kuala Lumpur.
Tapi, masih ada suara-suara sumbang yang dilontarkan oleh pemimpin DAP terhadap pembatalan tersebut. Mereka menuduh DBKL tidak bertimbang rasa, mengabaikan semangat muhibah dan tunduk kepada permainan politik.
Mereka juga menyeru keputusan menolak permohonan permit festival arak yang dijadualkan 6-7 Oktober depan di Solaris Dutamas dikaji semula. Mereka tidak sepatutnya menyerang DBKL kerana arak membawa banyak keburukan malah haram diminum bagi penganut agama Islam.
Pemimpin DAP dan seluruh rakyat Malaysia sepatutnya lebih mendalami tatasusila dan ketertiban apabila hidup di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia.
Jangan sesuka hati apabila membuat sesuatu keputusan. Patuhi Perlembagaan Malaysia dan hormati hak orang lain agar hidup lebih aman dan harmoni hidup di negara Malaysia yang tercinta.
Comments
Post a Comment