BARISAN NASIONAL MAMPU TUMBANGKAN PKR DI SELANGOR



Selama tempoh lima tahun berada di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, pelbagai kemelut dan perkara yang terjadi sama ada membabitkan pentadbiran Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan juga isu-isu panas yang melibatkan rakyat negeri Selangor.

Jadi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti adalah merupakan peluang yang terbaik buat orang Selangor untuk menamatkan segala kemelut dan kekecohan yang berlaku di Selangor selama ini dan berdasarkan suara rakyat Selangor selama ini, rakyat Selangor menunjukkan keinginan dan kemahuan mahu Kerajaan Barisan Nasional kembali memerintah.

Hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mempunyai visi, misi dan kredibiliti untuk memimpin dan mentadbir negara dan menganggap perkembangan ini sebagai tanda Barisan Nasional mampu kembali mentadbir Selangor.

Kita seharusnya memberikan sokongan yang padu dan kuat kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana pada hakikatnya hanya Kerajaan Barisan Nasional satu-satunya kerajaan yang mempunyai agenda yang jauh lebih baik daripada parti pembangkang siapa lagi kalau bukan Parti Pakatan Harapan. Ini tidak termasuk janji yang tidak ditunaikan oleh mereka sehinggakan Menteri Besar Selangor melarikan diri dan bertanding di tempat lain.

Persoalannya adakah rakyat Selangor sanggup memilih Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang dipersoalkan dari segi moralnya, semua orang tahu Azmin Ali terlibat dalam rasuah, penglibatan rumah urut, dan bermacam-macam lagi isu? Malah kita dapat melihat permainan dalaman PKR sendiri juga dikatakan menghampakan niat Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk bertanding di Selangor, dan sesiapa yang menghalang hasrat Wan Azizah akan menerima balasan yang setimpal sebenarnya.

Bukan itu sahaja bahkan pembangkang menggunakan istilah atau jenama Ubah atau Ini Kalilah serta Bersihkan Malaysia yang dipasarkan oleh Azmin Ali dan pakatan pembangkang sebenarnya menimbulkan rasa sangsi dalam kalangan orang Selangor. Ini kerana orang negeri Selangor sudah benar-benar merasai bagaimana selama ini kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya cuba menggunakan kuasa dan pengaruh sebagai kerajaan negeri untuk berperang dan melawan Kerajaan Pusat.

Banyak tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri seolah-olah cuba menunjukkan kuasa untuk menjerut dan memerangkap Kerajaan Pusat dengan tujuan yang akhirnya mereka boleh menuding jari bahawa bahawa pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dan Najib sengaja menganiayai Kerajaan Negeri.

Sedangkan apa yang berlaku ialah kerajaan negeri sengaja menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk menyekat program dan projek-projek yang boleh memberikan manfaat dan kepentingan kepada orang Selangor. Kegagalan usaha mengambil alih syarikat konsensi air merupakan tamparan yang paling hebat ke atas pentadbiran Azmin Ali selain beberapa isu sebelum ini yang banyak menjejaskan kedudukan Menteri Besar Azmin Ali antara lainnya berkaitan dengan pengurusan sampah, pengambilalihan hutang, masalah perlombongan haram pasir dan lain-lain lagi.

Kesilapan Azmin Ali yang kerap terlepas cakap bahawa manifesto bukan perjanjian sehingga menyebabkan banyak pihak yang berasa marah dengan kerajaan negeri menunaikan janji dan manifesto. Kononnya apabila Selangor di bawah pakatan pembangkang, air percuma akan diberikan kepada orang Selangor, itulah janji dan manifesto Azmin Ali dan pakatan pembangkang tetapi akhirnya ia menjadi senjata makan tuan apabila ribuan orang miskin di Selangor dan layak dinafikan hak semata-mata kerana tidak memiliki meter air individu bangkit menunjukkan penentangan.

Akhirnya orang Selangor membuat kesimpulan, sepanjang tempoh pentadbiran pakatan pembangkang mentadbir dan memerintah Selangor, orang Selangor menghadapi pelbagai masalah dan jika mereka diberikan peluang sekali lagi pun orang Selangor sudah pasti akan berhadapan dengan pelbagai kemelut dan krisis yang berpanjangan.

Kesimpulannya orang Selangor tidak perlu pening kepala dengan segala masalah dalaman parti pembangkang tersebut dengan memberikan undian kepada mereka sekali lagi. Sewajarnya orang Selangor seharusnya menamatkan sahaja persoalan yang memeningkan dengan memberikan undian kepada Barisan Nasional. Jadi kita TUKAR kali ini dengan mengundi dan memilih Kerajaan Barisan Nasional.

Comments