AZMIN ALI, LIM KIT SIANG SOKONG PESTA ARAK



Untuk pengetahuan semua DAP dan Kit Siang adalah orang yang menyokong pesta arak, DAP tidak peduli dengan orang yang mabuk, DAP tidak peduli dengan pemabuk yang membawa kenderaan, DAP juga tidak peduli dengan pembaziran kerana membeli arak dengan harga yang mahal. DAP juga biasa dengan maksiat yang timbul akibat meminum arak, terlibat dengan zina, pembunuhan dan lain-lain.

DAP mempertahankan kitab Bible tetapi apa yang terkandung dalam kitab Bible adalah ajaran Bible yang melarang para penganutnya meminum minuman arak yang memabukkan tidak pula dipatuhi oleh DAP ini, Kalau mahu diikutkan dalam soal agama, dalam kitab Bible melarang para penganutnya meminum minuman memabukkan tetapi mengapa Kit Siang tidak mematuhi ajaran yang terdapat dalam Kitab Bible. Kenapa Kit Siang tidak mengikut ajaran dalam Kitab Bible berkenaan?

Apa yang pelik adalah pemimpin PKR juga mengikut ajaran DAP dengan menghalalkan minuman arak yang memabukkan ini. Adakah ini semua arahan daripada DAP sehinggakan PKR menyokong apa yang dilakukan oleh DAP ini? PKR lakukan semua ini untuk menunjukkan setiakawan kepada DAP kerana DAP sokong PKR dalam krisis Menteri Besar Selangor? Hakikat sebenarnya apa yang dilakukan oleh PKR ini adalah salah dengan menyokong segala yang dilakukan oleh DAP dengan menghalalkan minuman yang memabukkan itu.

Apabila kita berfikir semula tentang Pesta Oktoberfest ini walaupun pesta arak ini telah dibantah tetapi ia juga tetap dilaksanakan. Malah Azmin Ali sendiri mengaku yang muslim sendiri membuka jalan bagi permit terhadap pesta itu. Tetapi ini berita gembira bagi kaki mabuk dan peminum tegar arak apabila Kerajaan PKR Selangor di bawah Pakatan Harapan menyokong mereka untuk berpesta arak dan mabuk dengan sepuas-puasnya.

Sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membatalkan pesta ibu segala maksiat iaitu pesta arak yang dirancang akan diadakan di Kuala Lumpur. Tetapi Azmin Ali Menteri Besar Selangor dengan rela hati dan tanpa paksaan menyerahkan semua keputusan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membawa pesta arak itu ke Selangor selepas ditolak oleh DBKL.

Azmin Ali lebih memilih untuk mempertahankan DAP dan juga arak daripada mempertahankan kesucian agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai Agama Rasmi di negara ini. Sebagai sebuah kerajaan yang berprinsipkan Islam, kerajaan negeri tidak boleh terlalu liberal dan meletakkan kebebasan sebagai keutamaan kerana pesta arak jelas membawa banyak keburukan kepada rakyat khususnya.

Kesimpulannya Azmin Ali hanyalah boneka DAP dan pemimpin Melayu hanyalah sekadar dijadikan boneka kepada DAP untuk menggelapkan mata rakyat yang kononnya DAP tidak mampu memerintah negara dan inilah caranya dan muslihat DAP sebenarnya untuk mengawal negara dengan meletakkan calon Melayu sebagai keldai dan kuda tunggangan DAP.

Comments