15 AHLI PPBM LAGI KELUAR PARTI, LINGKUP TERUS PPBM YANG DITERAJUI MAHATHIR



Baru-baru ini seramai 15 pemandu teksi berhasrat mahu keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia setelah mereka merasa terpedaya dengan parti PPBM yang diterajui oleh Mahathir itu. Keputusan berkenaan dibuat tanpa sebarang paksaan dan sehubungan dengan itu mereka meminta pihak PPBM membatalkan keahlian mereka dengan serta merta.

Keputusan mereka keluar parti kerana telah lama muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti yang sengaja ditimbulkan pemimpin tertinggi siapa lagi kalau bukan Muhyiddin. Pemimpin-pemimpin tertinggi dalam PPBM seharusnyanya bermuhasabah diri dan jangan sekali-kali menuding jari kepada pihak lain terhadap apa yang berlaku kepada PPBM ketika ini. Sudah pasti selepad ini ramai lagi yang akan keluar meninggalkan parti PPBM.

Masing-masing dalam parti PPBM semakin muak dengan kemelut dalaman yang melanda parti itu. Pemimpin-pemimpin dalam PPBM tahu parti mereka menghadapi kemelut dan masalah dalaman parti tetapi sehingga kini pemimpin-pemimpin tertinggi dalam PPBM tidak mengambil sebarang langkah mengatasi masalah dan kemelut dalaman yang melanda parti PPBM itu.

PPBM sebenarnya sudah tidak ada masa depan lagi. PPBM kini sedikit demi sedikit runtuh dan musnah angkara masalah dalaman dan amalan kronisme. Amalan kronisme juga menjadi salah satu penyebab dan faktor yang menyebabkan mereka keluar parti. Parti bunga sudah dijangkiti virus dan virus itu dinamakan kronisme dan gila jawatan dan ini sudah terbukti dengan banyaknya tempat berlaku ahli PPBM keluar parti. Kalau kita dapat melihat hampir setiap hari dulunya ada sahaja ahli PPBM yang menyertai kempen menjatuhkan dan menggulingkan Najib kini semakin beralih arah dan mereka mulai sedar amalan kronisme dan agenda peribadi dan kepentingan Mahathir.

Kewujudan dua kem dalam PPBM iaitu kem Mukhriz dan kem Muhyiddin yang semakin ketara dan tidak boleh diselindungkan lagi dan ianya jelas ketara kini. Mahathir pula mencuba menutup lubang dalam kapal yang pecah dan semakin membesar, Mahathir cuba untuk menutup lubang perpecahan dan pergaduhan tetapi walau dengan apa cara sekalipun Mahathir cuba menutup lubang berkenaan, walaupun dengan mata kasar sekalipun orang sudah boleh nampak lubang perpecahan itudalam PPBM sendiri.

Mahathir dan Muhyiddin pula enggan menjawab persoalan atau dakwaan lain yang berkaitan dengan konflik dan skandal yang berlaku. Sudah pasti pada saat dan ketika ini Parti lain dalam Pakatan Harapan seperti DAP, PAN dan PKR akan gelak beramai-ramai melihat kegagalan parti PPBM yang diterajui oleh Mahathir ini. Sudahlah satu kerusi pun belum masuk dalam pertandingan Pilihan Raya tetapi sudah pun karam rupanya di tepian pantai.

Kesimpulannya daripada ahli-ahli mahupun pemimpin dalam kalangan PPBM membuat tuduhan, melemparkan fitnah dan cacian dan tuduhan yang tidak berasas kepada Najib dan Kerajaan Barisan Nasional adalah lebih baik mereka sedar diri dan lihat parti sendiri yang sedang dilanda ombak dan badai deras. Hampir tenggelam sebelum sempat pergi ke mana-mana lagi memang sudah ditakdirkan ia akan karam sebelum berlayar lagi.

Comments