SELEPAS 9 TAHUN DAP MEMERINTAH PULAU PINANG, PULAU PINANG HANCUR DAN MUSNAH DI TANGAN DAP



DAP Laknatullah cuba menunjukkan kebodohan mereka dengan memutarbelitkan fakta dan isu hanya untuk menyalahkan dan memburukkan dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional. Tanpa segan silu atau perasaan malu terhadap rakyat Pulau Pinang DAP sekali lagi membuktikan bahawa pemimpinnya dan macainya sangat bodoh dan mereka adalah Raja Segala Fitnah.

Selama 9 tahun DAP memerintah di dalam negeri Pulau Pinang kalau kita melihat tidak pernah ada sebuah rumah mahupun seinci Projek Perumahan Kos Sederhana apatah lagi Projek Perumahan Mampu Milik ataupun Rumah Kos Rendah sebagaimana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Hanya beberapa tahun pihak UMNO menekan dan terus menekan Kerajaan DAP Pulau Pinang akhirnya barulah Kerajaan DAP Pulau Pinang membina dan menaikkan sebuah projek Perumahan itupun hanya 256 unit rumah kos sederhana rendah dan bukannya perumahan kos rendah atau projek perumahan mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang merasa, membeli atau memilikinya.

Dengan hanya itu sahaja DAP Pulau Pinang sudah mula merasa hebat, megah dan bangga kononnya merekalah pembela masa depan dan nasib rakyat, lantas DAP Pulau Pinang mula bertindak menabur fitnah kepada Kerajaan Barisan Nasional dengan mengatakan Kerajaan Barisan Nasional semasa memerintah Pulau Pinang tidak pernah menaikkan dan membina projek perumahan kos sederhana rendah dan kos rendah.

Bukan setakat itu, malahan baru-baru ini isu kilang haram yang beroperasi di tanah persendirian sebelum tahun 2008 masih belum diselesaikan oleh DAP sehingga sekarang. Tidak ada satu tindakan jalan penyelesaian yang dilakukan oleh DAP untuk mengatasi isu berkenaan. Sebaliknya DAP terus menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional sedangkan DAP yang memerintah Pulau Pinang dan mereka jugalah yang mendapat mandar rakyat dan kepercayaan rakyat untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan. Kalau DAP sendiri asyik menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional, sampai bila isu di Pulau Pinang akan dapat diselesaikan.

DAP sekalipun mahu menyalahkan ataupun mahu memfitnah Kerajaan Barisan Nasional sekalipun mereka perlulah ingat juga rakyat Pulau Pinang tidak akan termakan dan terpedaya kerana kami pun tidak sebodoh yang disangkakan DAP. Kesimpulannya, Kerajaan DAP Pulau Pinang jangan terlalu asyik menyalahkan Barisan Nasional sebaliknya lakukan tugas mereka setelah mendapat mandat dan kepercayaan daripada rakyat Pulau Pinang

Comments