SALAH LAKU JENAYAH MAHATHIR SEPANJANG 22 TAHUN MENJADI PERDANA MENTERI



Sejak akhir-akhir ini, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menggambarkan kononnya beliau adalah seorang negarawab tulen kononnya sepanjang pemerintahan dan pentadbiran beliau, Mahathir prihatin menjaga kebajikan dan kepentingan negara. Tetapi pada hakikatnya selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, pentadbirannya tidak pernah sunyi dengan skandal isu salah laku. 

Berikut adalah segelintir dosa yang pernah dilakukan oleh beliau:

SKANDAL BMF –AHLI LEMBAGA PENGARAH DIDAKWA DAN JALIL IBRAHIM DIBUNUH 

Abang ipar Mahathir Tun Ismail Haji Mohamed Ali sebagai Gabenor Bank Negara dan dalam masa yang sama Pengerusi PNB, Perbadanan Nasional Berhad dan merupakan pemegang saham terbesar BBMB/BMFL. BMFL adalah anak syarikat BBMB, manakala Perbadanan Nasional adalah Pemegang saham yang terbesar BBMB. BBMB dan BMF di Hong Kong di bawah kuasa penuh Mahathir selaku Perdana Menteri,yang akan melakukan transaksi pinjaman melangkaui had yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia. Mahathir telah menghantar sepasukan pemeriksa ataupun juruaudit ke Hong Kong untuk membuat penyiasatan.

Dan pada masa itu, Jalil Ibrahim Pegawai Jabatan Audit Dalaman sebagai Penolong Pengurus Besar BMFL dihantar ke Hong Kong. Apakah tindakan Tun Ismail selaku Pengerusi PNM yang juga pemegang terbesar saham BBMB bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat dengan pinjaman berkenaan. Tahu-tahu Jalil Ibrahim dibunuh dan kematiannya masih tidak diketahui apakah sebabnya sehingga sekarang. Tun Daim yang pada masa itu adalah Menteri Kewangan, telah diarahkan oleh Mahathir telah mengisytiharkan kes BMF kerugian sebanyak RM 2.0 billlion ditutup. Pinjaman BMF telah ditanggung oleh BBMB dan telah dibailed out Petronas.

SKANDAL PERWAJA STEEL –ERIC CHIA MENYELEWENG

Syarikat Perwaja Steel telah menanggung beban hutang yang berjumlah RM 10 billion yang membabitkan RM 926 juta dalam liabiliti semasa. RM 6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM 3 bilion. Kemudian Mahathir melantik Eric Chia rakan baiknya sebagai Pengarah Urusan Perwaja kononnya untuk memulihkan Perwaja tetapi hakikatnya Eric Chia merompak dan menyeleweng lebih banyak wang dari Perwaja. Perwaja lingkup dan Eric Chia ditahan berhubung kes penyelewengan dalam Perwaja yang melibatkan kerugian RM 2.9 bilion namun beliau dibebaskan selepas gagal membuktikan kes terhadapnya sehinggalah kesnya ditutup selepas kematiannya tahun 2008.

SKANDAL PKFZ LINGLIONG SIK DIKAMBINGHITAMKAN 

Ling Liong Sik selaku bekas Menteri Pengangkutan dituduh mahkamah menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM 25 skp (sekaki persegi) iaitu RM 1,088, 456,000 sedangkan beliau tahu bahawa Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah yang menentukan nilai kadar RM 25 skp dan telah mengambil kira kadar kupon dan faedah.

Seorang lagi kambing hitam Mahathir iaitu Datuk Ismail Zakaria bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Bank didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman denda RM 600,000. Beliau juga bertindak di luar bidang kuasanya dengan meluluskan pinjaman berjumlah RM 175 juta kepada Syarikat Everise Capital Sdn Bhd anak syarikat Repco Capital milik proksi Mahathir, Low Thiam Hock antara 20 September 1997, dan 21 Oktober 1997.

(Pinjaman berperingkat RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta). Sime Bank telah mencatat kerugian RM 1.81 bilion sebelum cukai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 1997.Kerugian ini adalah disebabkan pemberian beberapa pinjaman saham bernilai ratusan juta ringgit dan ekoran perkara itu ia memerlukan modal lebih RM 1.2 bilion untuk membolehkannya terus beroperasi.

Mahathir telah membuat surat perakuan kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti berhubung penglibatannya dengan Repco Low berhubung memanipulasi pasaran saham dan akhirnya Repco Low juga yang akan masuk ke dalam.

Kesimpulannya Mahathir sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat melepaskan dirinya daripada dijatuhkan hukuman. Mahathir akan menyalahkan pihak lain untuk melepaskan diri beliau sendiri. Apa yang kita harapkan agar Mahathir sedar, bertaubat, bermuhasabah diri daripada terus melakukan kesalahan pada masa hadapan.

Comments