RUNDINGAN PKR & PAS ADALAH WAHYU YANG DATANGNYA DARI PENJARA



PKR yang dalam terdesak apabila partinya sendiri sudah tidak mendapat sokongan ahli reformis yang berjuang untuk Anwar Ibrahim mula mencari jalan alternatif bagi menuju PRU akan datang.

Jika diperhatikan kembali pergerakan PKR dan Pakatan Harapan selama ini semuanya memerlukan restu dan arahan dari Anwar Ibrahim dari dalam penjara.

Jika arahan tersebut tidak ditunaikan maka buruklah padahnya. Tapi barisan peguam dan rakan politik Anwar Ibrahim berduyun-duyun hadir ke Penjara Sungai Buloh untuk mendapatkan WAHYU yang patut dilakukan di dalam kem pembangkang.

Sehinggakan surat palsu dari dalam penjara juga turut tersebar kerana Anwar Ibrahim tidak boleh memantau pergerakan politik di luar tirai besinya.

Bila ada perjumpaan Azmin Ali, Wan Azizah dan beberapa pemimpin tertinggi dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang, ramai musuh dan rakan dalam PH yang cemburu dan mencurigai pakatan ini.

Adakah PKR mahu menCURANGi hubungan Pakatan Harapan yang telah dimeterai bersama?
Namun Azmin Ali dan Wan Azizah cuma menjawab pertemuan dan perbincangan mereka melibatkan rundingan dan kerjasama antara PKR dan PAS sahaja. Perbincangan tersebut tidak melibatkan PH.

Tapi jauh disudut perancangan PKR mereka sebenarnya diarahkan oleh Mahathir dan Lim Kit Siang dalam usaha untuk memujuk PAS kembali bergabung ke dalam KEM PEMBANGKANG.

Presiden PAS dan beberapa pemimpin yang lain menegaskan PAS tegas dengan keputusannya tidak akan bekerjasama gabungan pembangkang di dalam Pakatan Harapan.

Nampaknya wahyu dari dalam penjara tidak boleh diguna pakai lagi buat masa ini. Namun sekiranya rundingan itu dipersetujui PAS, PKR akan akan makan dua kolam dimana mereka dapat menguasai PH dan dapat sokongan daripada PAS pada PRU nanti.

PKR - PARTI KENCING RAKYAT😅
DASAR PEMBELIT & SUKA MAIN BELAKANG

Comments