RCI FOREX DEDAH SIAPA SEBENARNYA ANWAR DAN MAHATHIR



Kalau dulu kita lihat hubungan ANWAR IBRAHIM dan MAHATHIR sebagai anak buah dengan bossnya sahaja apabila dia bersama-sama menerajui kerajaan dan kabinet pada masa itu.

Tapi sejak tertubuhnya RCI FOREX dan beberapa siri siasatan lain, rupa-rupanya mereka berdua banyak perkara yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat jelata.

Agaknya pada masa itu, kalau kapal selam SCORPENE tidak boleh menyelam pun orang tak kisahkan? Sebab, Lim Kit Siang pernah menulis pada 24 Feb 2013 sepanjang 22 tahun Zaman pemerintahan Mahathir sebanyak RM100 bilion yang hilang bukan RM30 bilion yang disangka kita selama ini.

Jadi jumlah sebenar yang dijelaskan oleh Datuk Abdul Murad Khalid MANTAN PENOLONG GABENOR BANK NEGARA ADALAH RM44 BILION YANG DITANGGUNG OLEH BNM ATAS KECUAIAN TADBIR URUS YANG DILAKUKAN OLEH TUN M.

Semalam MANTAN PENOLONG GABENOR itu juga mendedahkan Anwar Ibrahim pernah berkata (MENGUGUT) akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan jika jumlah sebenar kerugian Bank Negara dalam urus niaga pertukaran asing didedahkan kepada umum.

Tambahnya lagi, kerugian sebenar pertukaran wang asing Forex dalam tempoh antara 1991 hingga 1994 dianggarkan sebanyak RM31.516 bilion.

Kenapa perlu disorokkan lagi?

Boleh ke seorang PM dan TPM merangkap Menteri Kewangan "KOW TIM" perkara yang berat seperti ini?

Ini memperlihatkan Mahathir takut pada orang nombor duanya. Ini tidak boleh disangkal lagi, apabila kegiatan tersebut tidak mahu didedahkan kerana mereka berdua mempunyai kepentingan politik sendiri.

Mahathir sanggup menyogok Anwar Ibrahim dengan mengekalkan jawatan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan pada masa itu selepas menerima ugutan letak jawatan atau bahasa sunskritnya "UNDUR DIRI".

Jika Anwar Ibrahim berkeras untuk meletakkan jawatannya pada masa itu, apa akan terjadi dengan Mahtahir agaknya? Tapi mereka bersepakat tidak dedahkan dan tidak letak jawatan, maka mereka telah mengamalkan rasuah dan pecah amanah. Mereka patut dihukum.

Memang patutpun bagi mereka yang terlibat dalam skandal Forex ini diambil tindakan dengan hukuman yang berat kerana mereka telah merugikan pendapatan rakyat dan negara.

Selain itu, mereka juga merupakan penyangak matawang negara dan telah melakukan jenayah terancang selama ini.

Comments