RAKYAT SABAH DAN SARAWAK TETAP BERDENDAM DENGAN MAHATHIR


Layanan berat sebelah Tun Mahathir terhadap rakyat Sabah dan Sarawak terlalu mendalam untuk dilupakan, meskipun beliau dilihat cuba mengambil hati rakyat Sabah dan Sarawak melalui manifesto berasingan bersama-sama puak pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.

Dendam tersebut terjadi disebabkan keengganan Tun Mahathir melantik seorang pun Menteri Kanan yang berasal dari Sabah dan Sarawak sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Dalam banyak perkara yang Tun Mahathir telah lakukan kepada Sabah dan Sarawak cukuplah satu soalan sahaja yang ingin diajukan kepada Tun Mahathir ialah, sejak Sabah dan Sarawak bersama membentuk Malaysia pada tahun 1963 dan pada masa Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun kenapa tidak ada Menteri Kanan daripada Sabah termasuk Sarawak yang dilantik oleh Tun Mahathir?

Adakah Ahli-Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak pada masa itu tidak mempunyai kelayakan? Apa yang pasti dendam rakyat Sabah dan Sarawak kepada Tun Mahathir agak sukar dilupakan meskipun Tun Mahathir bersama-sama dengan Pakatan Harapan.

Ia berbeza dengan zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat perubahan hampir seratus peratus dengan memberi kepercayaan dan melibatkan pelantikan Menteri-Menteri Kanan Persekutuan daripada Sabah dan Sarawak.

Ketika ini 12 Menteri penuh dan lapan orang Timbalan Menteri telah dilantik daripada Sabah dan Sarawak, manakala Ketua Setiausaha (KSU) daripada Sabah juga telah berjaya dibawa masuk bagi mengiktiraf peranan Sabah dan Sarawak sebagai salah satu negeri yang bersama-sama membentuk Malaysia.

Terdahulu, Tun Mahathir berkata, Majlis Presiden Pakatan Harapan mahu merumuskan satu manifesto yang khusus untuk Sabah dan Sarawak bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang malah turut menekankan kepentingan gabungan pembangkang itu memahami masalah dan perasaan masyarakat Sabah dan Sarawak.

Comments