Pakatan Harapan sebelum ini dengan rasa bongkak menolak faktor ketiadaan PAS, yang dikatakan akan menyebabkan mereka hilang sokongan pengundi melayu di Pilihanraya Umum ke 14. Menurut DAP yang menjadi ketua didalam PH, ketiadaan PAS telah di isi oleh PPBM dan juga PAN.
Keyakinan PH itu dibuat berdasarkan aura Mahathir serta beberapa bekas pemimpin UMNO yang kononnya mampu menarik ramai pengundi melayu kepada PH terutamanya penyokong-penyokong UMNO sendiri.
Malangnya, didalam beberapa siri ceramah yang dianjurkan oleh PPBM dan PAN, sokongan orang melayu yang dicari nyata tak menjelma. Lebih ramai kerusi dari manusia menghadiri ceramah walaupun dikepalai oleh kepimpinan tertinggi mereka.
Dengan hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum tarikh pilihanraya umum menjelma, PH kini dilihat terdesak dengan mencipta pelbagai propaganda kononnya mereka sudah berjaya menarik sokongan dari pengundi melayu terbanyak.
Kemasukan pemimpin PPBM yang sebelum ini dilihat sebagai mempunyai semangat nasionalis melayu yang kuat, ia juga secara tidak langsung akan menjadi punca pengundi bukan melayu menolak untuk mengundi PH pada PRU akan datang.
Jadi apakah ketiadaan PAS akan menyebabkan PH akan kalah teruk semasa pertembungan dengan BN nanti? Ramai pemerhati politik menjangkakan tindakan PAS keluar dari Pakatan hanya akan merugikan pihak pembangkang walaupun parti Islam itu mampu untuk menguatkan kedudukan mereka dikawasan melayu.
PAS pula menyimpan angan-angan untuk menafikan kemenangan PH khususnya DAP di negeri Pulau Pinang dan juga Selangor. Tanpa sokongan dan jentera kempen dari PAS, berkemungkinan besar hasrat PAS tersebut menjadi kenyataan.
Akhirnya, yang menang jadi arang manakala yang kalah lebur menjadi abu. Tak mustahil Pakatan Harapan hanya akan tinggal nama sahaja selepas PRU14 nanti. Dan jangan terkejut juga jika PPBM dan PAN berkubur tanpa nesan. Pada ketika itu baru mereka sedar kesilapan sendiri selepas memandang rendah pada kekuatan PAS.
Comments
Post a Comment