Kerajaan PKR Selangor sepatutnya menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) memandangkan kesemua negeri telah pun melafazkan dan menandatangani ikrar berkenaan kecuali Selangor. Kerajaan PKR Selangor seharusnya mengambil serius usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
Kerajaan PKR Selangor perlulah memandang perkara ini dengan lebih serius dan dalam masa yang sama turut serta dan melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah dalam kadar yang segera dan kalau boleh selesaikan perkara ini dengan segera kalau boleh selesai dalam tahun ini juga.
Cuba kita lihat terlalu banyak rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin PKR di Selangor antaranya salah guna kuasa Azmin dalam penukaran status tanah Paya Indah Wetlands, skandal rasuah RM 9.8 juta dalam projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan, skandal rasuah RM 32.4 juta dalam projek penukaran kubah masjid negeri Selangor, skandal RM45 juta dalam projek balak di Selangor dan banyak lagi.
Bukan setakat itu sahaja, gaya hidup mewah pegawai muda di pejabat kerajaan negeri Selangor siapa lagi kalau bukan Muhammad Hilman yang juga menggegarkan politik Selangor di mana Hilman didakwa memiliki sebuah kereta Toyota Atlis dan sebuah rumah yang dibeli disyaki di luar kemampuan beliau sendiri. Toyota Altis berharga RM 120,000.00 manakala anggaran ansuran sekitar RM 1,550.00 sebulan jika beliau membuat pinjaman selama 8 tahun.
Manakala rumah mewah milik Hilman dibeli dengan harga RM 650,000.00 selain kos tambah baik yang dibuat oleh beliau sendiri sebanyak RM 200,000.00 sebelum rumah berkenaan ditukar milik antara beliau dan penjual. Hubungan Hilman dengan rakannya dari kumpulan Diskopi bernama Hans Yusoff, pembaca berita di Astro Awani. Hilman dikatakan menggunakan jawatan dan kedudukannya di pejabat Azmin untuk ‘membantu’ memberi projek kepada rakan-rakan termasuk Hans Yusoff dan isterinya.
Malah seorang aktivis Reformasi yang dikenali dengan nama Jamil Kucing memuatnaik beberapa keeping gambar di Facebooknya yang memaparkan sampul duit raya berisi di luar bilik pejabat Azmin Ali. Jamil mendakwa Azmin Ali telah memberikannya duit raya khas kepada beliau untuk diagih-agihkan kepada aktivis-aktivis Reformasi yang lain. Persoalannya dari mana wang berkenaan datang? Berapa jumlah wang yang diberikan Azmin kepada aktivis Reformasi Jamil Kucing? dan kenapa ia dilakukan di pejabat Menteri Besar? Terlalu banyak persoalan yang timbul tetapi lihatlah sehingga kini tidak ada langsung jawapan yang diberikan.
Semua skandal rasuah yang melibatkan pemimpin PKR Selangor membuktikan pentadbiran Azmin Ali diselubungi dan dipenuhi dengan rasuah. Sudah pasti kita tidak mahu pemimpin seperti Azmin Ali terus menerajui dan memimpin Selangor.
Kesimpulannya kita jangan biarkan pemimpin seperti Azmin Ali terus memimpin dan menerajui Selangor pada Pilihan Raya Umum akan datang. Sekiranya kita biarkan Kerajaan PKR Selangor menerajui Selangor untuk 4 sehingga 5 tahun akan datang sudah pasti Selangor lingkup.
Comments
Post a Comment