Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mustahil akan terjerat dan jadi orang buangan sekiranya gabungan itu gagal menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Malah Mahathir besar kemungkinan dijadikan kambing hitam jika PH gagal dalam pilihan raya umum akan datang.
Kini bekas perdana menteri itu yang diharap menjadi tunjang menarik pengundi, terutama golongan veteran, pastinya bakal menjadi antara orang yang akan dipersalahkan jika pakatan itu gagal. Bersatu yang menjadi ahli paling muda dalam Pakatan Harapan cukup mudah untuk diperkotak-katikkan oleh rakan parti yang lebih senior seperti DAP dan PKR.
Mahathir bakal dijadikan kambing hitam dalam Pakatan Harapan oleh tiga rakan parti atas kegagalan rampas kuasa daripada BN pada PRU nanti. Ini kerana, parti yang lebih dominan dan senior seperti DAP atau PKR tidak mahu pikul beban kekalahan sehingga mereka mencari orang lain untuk dipersalahkan.
Di samping itu, dendam kesumat PKR terhadap Mahathir berikutan pemecatan dan episod memenjarakan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pastinya tak pernah terpadam.Selain itu, keikhlasan DAP untuk berkawan dengan Mahathir yang pernah menjadi musuh tradisi, tidak pernah wujud, selain sandiwara politik sahaja dan hanya mahu mengambil kesempatan politik untuk memecah belahkan orang Melayu sahaja.
Begitu juga dengan Amanah. Ramai pemimpin mereka pernah mempunyai sejarah hitam, terutama Presidennya Mohamad Sabu, yang dua kali disumbat ke penjara di Kamunting berkaitan ISA ketika Dr Mahathir berkuasa dan bermaharajalela dahulu.
Pakatan Harapan sendiri sudah menampakkan belang apabila mahu menyiasat Mahathir jika menang PRU14. Situasi itu membuktikan benar dakwaannya bahawa parti itu adalah tonto politik semata-mata dan merupakan bahan uji kaji buat Pakatan Harapan.
Perlu diingatkan bahawa Bersatu masih terlalu muda dan lemah untuk dijadikan benteng mempertahankan Mahathir. Sudah pasti jika berlaku apa-apa nanti, Mahathir yang akan dipersalahkan nanti dan Bersatu sudah pasti tidak mampu mempertahankan 'bos' mereka. Jika semua situasi itu berlaku, sejarah gemilang Mahathir selama 22 tahun pasti akan tercalar dan diperlekehkan bila menjadi kambing hitam dalam Pakatan Harapan. Tidak mustahil Mahathir jadi gelendangan politik di Malaysia jika gagal PRU14 nanti!
Comments
Post a Comment