PENGANGKUTAN AWAM ZAMAN MAHATHIR BANKRAP TERPAKSA DI BAIL OUT OLEH KERAJAAN



Pembangkang tengoklah sendiri projek mega dan hutang yang banyak pada zaman 90 an semasa pembinaan LRT STAR (Ampang Line) dan Putra (Kelana Jaya Line) yang dibina pada masa itu. Kedua-dua projek ini adalah projek swasta dari pembinaan sehingga operasi dan pemilikan. Sebagai contoh LRT Putra dibina, dimiliki dan dikendalikan Putra syarikat milik penuh Renong iaitu syarikat kroni rapat Dr. Mahathir bin Mohamad, Halim Saad.

Tetapi tidak sampai 5 tahun selepas ianya dibuka kepada orang awam pada tahun 2001, LRT Putra terpaksa diselamatkan oleh kerajaan setelah syarikat berkenaan gagal membayar hutang yang terlalu tinggi. Syarikat Prasarana Nasional Berhad sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan mengambilalih aset dan hutang LRT Putra pada November 2001 dengan kos RM5.5 billion, satu nilai yang agak tinggi pada masa itu dan jika dikira dengan nilai sekarang lebih daripada RM20 billion.

Keadaan ini amat berbeza pada zaman pemerintahan Najib, MRT yang sejak dari mula pembinaan sehinggalah beroperasi dan pemilikannya semuanya milik kerajaan. Pemilik MRT adalah MRT Corp syarikat milik Kementerian Kewangan, operasi MRT dikendalikan oleh Prasarana satu lagi syarikat milik Kementerian Kewangan dan kos pembinaan MRT dibiayai melalui penerbitan sukuk (bon) oleh Danainfra Nasional Berhad sebuah lagi syarikat milik Kementerian Kewangan.

Hakikatnya projek-projek pengangkutan awam pada zaman Mahathir dibuat atas nama penswastaan sehingga akhirnya terpaksa di bail-out oleh kerajaan untuk menyelamatkan anak-anaknya dan kroni-kroni beliau. Kalau MRT dibina dengan menggunakan sukuk hutang, adalah lebih baik ianya atas nama pemilikan kerajaan sudah tentu ia juga milik rakyat, sebaliknya pada zaman Mahathir projek pengangkutan semuanya dijalankan oleh pihak swasta dan akhirnya terpaksa diselamatkan oleh kerajaan menggunakan duit pembayar cukai.

Kesimpulannya projek-projek zaman Mahathir semuanya telah di bail-out dan sepatutnya dijadikan pengajaran kepada rakyat agar rakyat membuka mata dan melihat kebaikan, kemajuan yang dilakukan oleh Najib dalam memastikan pengangkutan awam di negara kita diiktiraf di negara luar.

Comments