PEMBANGKANG SABAH BERGOLAK DAN TIDAK SATU HATI



Tidak dapat dinafikan bahawa wujud situasi seolah-olah parti pembangkang di negeri Sabah tidak bersatu hati serta tiada kerjasama kerana mengikut haluan masing-masing serta manifesto yang berbeza.

Tidak seperti Barisan Nasional (BN) , walaupun BN mempunyai 14 parti komponen, namun parti itu bergerak sebagai satu pasukan dengan menampilkan logo, dasar, dan manifesto yang sama kepada rakyat.

Parti pembangkang di Sabah masing-masing dengan manifesto mereka. Rakyat semestinya akan keliru mana satu manifesto yang baik. Sebaliknya BN ada satu manifesto sahaja yang memudahkan rakyat memahami manifesto tersebut.

Usaha ke arah menyatupadukan dan membentuk persefahaman antara parti pembangkang di Sabah sentiasa dilakukan tetapi ianya sering menemui jalan buntu kerana masing-masing mahu menonjol dan mempunyai agenda tersendiri.

Tiada kerjasama dan tidak bersatu hati antara parti pembangkang Sabah lebih jelas apabila ada parti pembangkang di Sabah yang sudah mengumumkan untuk bertanding di 73 kawasan DUN dan 25 kawasan Parlimen.

Rakyat akan berfikir, macam mana hendak menyokong pembangkang sedangkan mereka tidak bersatu. Sikap pentingkan diri sendiri sebenarnya sudah sebati dalam parti pembangkang Sabah.

Mereka cuma fikirkan kepentingan diri dan bukannya untuk rakyat, malah tidak mustahil segelintir parti pembangkang Sabah kini punya matlamat untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang dengan matlamat mahu menjadi Ketua Menteri sahaja.

Comments