Inilah yang akan terjadi jika anda menentang DAP, parti gangster. Mentaliti dan tindakan gangster ini yang dicetuskan daripada keangkuhan kejayaan semasa PRU13 dan sokongan kuat oleh pengundi bukan Melayu meluas dalam parti mereka daripada Lim Guan Eng di peringkat tertinggi yang membuli media dan suka menghina orang ramai.
Pendedahan Dr Norlela terhadap isu kilang haram Sungai Lembu membawa kepada penangkapan Exco Kerajaan Negeri Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah merangakap ADUN DAP, Phee Boon Poh. Phee Boon Poh diberkas SPRM dan aset termasuk akaun bank bernilai RM2 juta telah dibekukan.
Selepas dipulaukan oleh pemimpin Pakatan Harapan Pulau Pinang kerana mendedahkan isu kilang haram di Sungai Lembu, Permatang Pauh tidak lama kemudian ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin pula diugut pula oleh gangster yang mendakwa ADUN PKR itu telah menutup 'periuk nasi' mereka. Dia dihubungi individu tidak dikenali yang mengherdiknya "useless ADUN", "ADUN tak guna tutup kilang Sg Lembu" dan "kacau orang mau cari makan".
Selain itu juga, penyokong Pakatan Harapan turut menuduh ADUN Penanti tersebut menjadi orang Barisan Nasional. Rakan-rakan seperjuangannya juga menjauhkan diri dan tidak memberi sebarang ruang untuknya mempertahankan diri.
Pendek kata, tindakan ADUN Penanti dari PKR, Norlela Ariffin yang melaporkan kewujudan kilang haram di Pulau Pinang telah menyebabkan beberapa individu tidak puas hati dengannya dan kini dia berdepan dengan ancaman orang sendiri iaitu daripada pihak pembangkang. Jelas di sini dapat kita lihat betapa teruknya budaya politik yang diterapkan dalam parti pembangkang.
Comments
Post a Comment