PAS TIDAK MAHU JADI KUDA TUNGGANGAN PAKATAN HARAPAN LAGI



Baru-baru ini perbincangan kerjasama pilihan raya yang dilakukan oleh Pakatan Harapan diketuai dan dipimpin DAP dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Haji Awang hanya bertujuan menyelamatkan kerusi parti mereka semata-mata. Hakikatnya perbincangan ini sekadar mahu menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan sekali lagi sebagaimana yang berlaku dalam Pakatan Harapan.

Pengalaman lalu ketika PAS masih bekerjasama dalam pakatan pembangkang dijadikan pengajaran agar anggota PAS tidak lagi dijadikan kuda tunggangan parti-parti lain. Bagi PAS cukuplah pengalaman lalu banyak mengajar dan mendidik mereka di mana tenaga anggota PAS yang ikhlas dan patuh kepada arahan pimpinan dipergunakan oleh rakan-rakan dalam Pakatan pembangkang yang diketuai dan diterajui oleh DAP demi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya dan seterusnya meraih undian rakyat, akhirnya ditinggalkan begitu sahaja.

Inilah wajah politik pembangkang khususnya DAP yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kepentingan politik, peribadi matlamat mereka semata-mata. Kita jangan lupa selepas PRU 13, DAP menang dan mengambil alih Pulau Pinang mereka tanpa belas kasihan dan ihsan telah memecat semua Ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK). Bukan itu sahaja malahan DAP juga yang mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan PAS yang didakwa kononnya bekerjasama dengan UMNO dan melanggar semangat konsensus Pakatan Harapan.

Kita boleh bayangkan kalau dengan rakan yang dahulunya membantunya pun DAP boleh memperlakukan sebegitu memperlihatkan betapa kejamnya DAP dan membuktikan DAP bukanlah parti yang boleh dibuat kawan. DAP sanggup melakukan apa sahaja, mereka sanggup menikam rakan sendiri, asalkan apa yang mereka mahu tercapai malahan selama ini pun PAS hanya dijadikan kuda tunggangan dalam Pakatan Harapan. Apabila PAS tidak diperlukan mereka akan dicampak seperti sampah.

Hakikatnya DAP kini sudah semakin terdesak kerana mereka sedar PAN dan PPBM tidak akan mampu membantu mereka malahan DAP sedar bahawa kerjasama mereka dengan PAN dan Parti Cap Bunga tidak ubah seperti memikul biawak yang hidup.

Kesimpulannya PAS tidak mahu menjadi kuda tunggangan DAP, tidak mahu terus dipergunakan dan diperbodohkan oleh DAP sebagaimana parti-parti pembangkang seprti PKR, PAN dan PPBM yang menjadi kuda tunggangan kepada DAP. Dan akhirnya harapan DAP memperkudakan PAS ternyata gagal dan tidak kesampaian kerana PAS akhirnya sedar dan bermuhasabah diri untuk tidak menjalinkan sebarang hubungan kerjasama dengan DAP lagi.

Comments