PAN BARUA, KUDA TUNGGANGAN DAP



Parti Amanah Negara bersikap hipokrit apabila sengaja melupakan tragedy Memali demi menjaga kepentingan dan agenda politik individu tertentu. PAN dulu dan PAN sekarang sangat berbeza, PAN yang dulunya bersama PAS bersikpa lebih jujur kerana merekalah penggerak yang lantang memperjuangkan keadilan Memali. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga PAN mengutuk tindakan Mahathir dan mendesak kerajaan menjalankan siasatan tulus menerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Tetapi sekarang ini, selepas mereka tidak lagi bekerjasama dengan PAS, mereka jadi lupa di antara mana yang dikatakan hak, dan mana batil yang dikatakan batil.

Pemimpin AMANAH juga tidak mampu berhujah, apa-apa sahaja isu yang berkaitan dengan pihak pembangkang apatah lagi yang berkaitan dengan DAP menjelaskan lagi kepada masyarakat umum mengenai hakikat bahawa Amanah adalah sebuah parti politik yang diisi oleh segerombolan manusia yang sebahagian besarnya tiada berkemampuan untuk berhujah secara intelektual tetapi hanya sekadar tahu menggunakan bahasa kasar untuk menyentuh individu lain yang menyentuh DAP dan Pakatan pembangkang.

Atas sebab itulah apa juga isu-isu yang kita sedia maklum berkaitan dengan DAP dan pembangkang, para pemimpin Amanah sangat terkehadapan dalam mempertahankan DAP dan pakatan pembangkang sehinggakan ada masanya belum ada sesiapa pemimpin dalam DAP sempat menjawab seabarang kritikan yang diberikan ke atas mereka, semua hulubalang Parti Amanah Negara akan turun padang dan beramai-ramai mematahkan serangan dan tindak balas daripada musuh yang menentang dan menghentam pemimpin DAP dan pakatan pembangkang. Hulubalang Amanah akan terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis segala kritikan dan komen terhadap DAP dan pakatan pembangkang.

Pemimpin Amanah sangat bodoh kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi dan membela apa sahaja yang dilakukan oleh DAP. Amanah bodoh sehinggakan tidak sedar bahawa jika negara kita jatuh ke tangan DAP dan Pakatan pembangkang nasib orang-orang Melayu akan musnah dan lenyap begitu sahaja. Orang Melayu di luar sini sudah lama sedar persepsi DAP anti Melayu anti Islam. Hanya Parti Amanah sahaja yang masih belum sedar dan masih sanggup menjadi barua dan kuda tunggangan DAP sehingga sekarang.

Kesimpulannya Pemimpin Amanah sanggup jadi barua dan kuda tunggangan DAP seumur hidup, mereka tidak akan sedar sampai bila-bila. Kita yang dapat menilai antara yang baik dan yang mana buruk seharusnya mempunyai kesedaran ini dan pastikan Pakatan pembangkang yang dipimpin dan diterajui oleh DAP dapat ditewaskan dan ditumpaskan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Comments