Pakatan Harapan adalah kelompok parti yang hanya mementingkan kuasa dan jawatan semata-mata untuk memastikan dasar kronisme dan nepotisme yang dipegang milik individu untuk berkuasa.
Dasar ini menjadi pegangan Pakatan Harapan bagi membolehkan pemimpin mendominasi kuasa dan memastikan kuasa, pengaruh dan segala-galanya milik mereka dan keturunan mereka yang berada dalam Pakatan Harapan. Dasar ini buka sahaja menjadi pegangan dan prinsip Kit Siang malah ianya juga telah lama dilakukan oleh Mahathir.
Mahathir dan Kit Siang masing-masing mempunyai agenda peribadi dan kepentingan politik malah mereka ini juga menyalahgunakan kedudukan dan kuasa mereka dengan sewenang-wenangnya dengan mengagihkan kekayaan yang mereka perolehi kepada anak beranak, cucu cicit serta suku sakat mereka. Sama juga dengan Kit Siang banyak menipu rakyat sebagaimana yang Mahathir lakukan dengan cara berselindung dan menghalalkan mereka untuk merompak harta negara. Kit Siang bersama Lim Guan Eng terus melakukan rompakan khazanah Pulau Pinang.
Cuba kita bayangkan jika DAP dan Mahathir berkuasa, segala kebajikan dan keperluan rakyat akan diabaikan oleh mereka berdua ini. Apatah lagi kini prebutan kuasa semaki meruncing dengan Anwar dan kroninya, Kit Siang dengan kroninya, Mahathir dan kroninya dan semuanya telah dipercaturkan dan dirancang untuk mewarisi segala kuasa keturunan di Malaysia. Mereka ini akan menjadikan Malaysia seperti hak anak beranak mereka.
Sekarang ini DAP sudah mula mengesan tindakan Mahathir untuk mengambil alih tampuk pentadbiran dan kepimpinan Pakatan Harapan sedia ada, ianya diibaratkan Mahathir sedang mengusir tanah. Mahathir cuba mengemudikan semua parti Melayu dalam Pakatan Harapan dan ini sebenar-benarnya memberikan ancaman kepada DAP. Semua orang tahu perkara ini. Apabila kawalan dapat dilakukan maka DAP akan terpinggir dan seterusnya Mahathir akan menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk memegang jawatan yang beliau impikan selama ini.
Mahathir sebenar-benarnya mahu mengetuai Pakatan Harapan dengan alasan supaya pembangkang dapat memenangi undian daripada kaum Melayu adalah bencana kerana jika Mahathir mengambil alih kepimpinan pembangkang dan Pakatan Harapan dan untuk PPBM menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Harapan bagi memenangi undian Melayu tidak akan berakhir dengan kemenangan sebaliknya bencana dan kemusnahan semata-mata.
Mahathir harus ingat DAP dan Pakatan Harapan tidak suka sesiapa mengawal mereka dan mengarahkan mereka apatah lagi kalau diarahkan oleh orang Melayu yang mereka sendiri anggap sebagai kelompok bangsa kelas kedua. Mahathir jangan lupa ini dasar perjuangan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dan bukannya dasar toleransi dalam politik dan kaum.
Kesimpulannya Pakatan Harapan hanyalah platform dan parti untuk orang-orang seperti Kit Siang dan kroninya, Mahathir bersama-sama dengan kroninya, Anwar Ibrahim dan kroninya mengejar kuasa, jawatan dan pengaruh menjadi pemimpin kleptokrasi dan memecah belahkan kaum dalam Negara ini dan seterusnya mengkaya rayakan anak beranak mereka berserta kroni-kroninya.
Comments
Post a Comment