PAKATAN HARAPAN SEDIA GULINGKAN PAS - CARA MAHATHIR CABAR PAS



Mahathir dalam ceramahnya di Kelantan baru-baru ini menyeru agar PAS tidak menjadi pengacau dalam usaha PH menawan Kelantan dan Terengganu.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga memperlekehkan keupayaan PAS yang dianggap lemah dari segi mentadbir Kelantan sejak mereka memegang tampuk pemerintahan.

Oleh itu sebagai gula-gula untuk menawan Kelantan dan Terengganu, Mahathir telah menawarkan PH sebagai pengganti kerajaan yang sedia ada untuk melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan efisyen.

Memang sifat Mahathir dari dulu lagi "ANTI PAS" segala kemudahan yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan dan Terengganu semasa 22 tahun pemerintahannya disekat dan dicatu.

Kebajikan rakyat di sana diabaikan sehingga kehidupan mereka terlalu daif dan menyebabkan anak muda mereka terpaksa keluar dan berhijrah dari Kelantan dan Terengganu.

Kemenangan kerusi Parlimen PAS yang terlalu sedikit pada dipilihanraya yang lalu juga dipertikaikan Mahathir kerana usaha PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan DAP adalah punca kekalahan banyak kerusi yang PAS tandingi.

PAS kemudiannya dituduh pemecah belah orang Melayu untuk memenangkan Barisan Nasional selama ini. Keupayaan PAS untuk menjadi KINGMAKER pada pilihanraya akan datang sebenarnya adalah angan-angan sahaja.

Mahathir dengan secara bongkaknya mengumumkan bahawa Pakatan Harapan sedia menggulingkan PAS Kelantan kerana kerajaan negeri didakwa menghalang kemajuan kepada rakyat.

Menurut Mahathir kemajuan Kelantan terhalang kerana kerajaan negeri yang mentadbir kini adalah sebuah kerajaan yang tidak cekap.

Comments