Perebutan antara PPBM dan PKR untuk menguasai Kedah selepas PRU-14 tidak dapat disorokkan lagi.
Ini disebabkan calon MB yang dicanang oleh parti PKR dan PPBM sama-sama melaungkan hasrat mereka untuk menawarkan diri untuk mengepalai kerajaan PH yang kononnya bakal memenangi pilihanraya akan datang.
PKR dengan rekod yang langsung tidak cemerlang di Kedah kerana selepas 3 penggal PKR bertanding di negeri jelapang padi itu, hanya 5 kerusi DUN sahaja yang mereka dapat kuasai.
Itu belum lagi ditolak dengan DUN yang banyak mengalami kekalahan. Manakala selebih UMNO dan PAS yang banyak menguasai kerusi di Kedah.
PPBM dan PKR pada masa ini berebut untuk menguasai Kedah setelah Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan Parlimen dan DUN yang dilepaskan oleh PAS selama ini akan diberi sama rata antara kedua parti tersebut.
Dalam perebutan itu mereka perlu menguasai lebih kerusi DUN dalam PRU nanti untuk memastikan sistem yang diamalkan selama ini iaitu parti yang banyak memenangi kerusi DUN mereka yang akan menguasai sesebuah negeri.
Johari Abdul (GENG PONOROGO) sejak kebelakangan ini aktif membuat sidang media (menjadi hero) untuk menaikkan beberapa isu panas dari dalam partinya sendiri yang sedang mengalami krisis dalaman dan sebagainya. Cubaan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan dirinya untuk menjadi MB Kedah yang baru.
Namun terdapat cadangan yang mahu PPBM mengawal negeri Kedah kerana PKR sebelum ini sudah menguasai Kerajaan Selangor dan membentuk kerajaan di sana. Manakala calon MB yang bakal diangkat mereka adalah Mukhriz yang mempunyai rekod buruk sepanjang 3 tahun mentadbir kerajaan Kedah sebagai MB semasa masih di dalam UMNO dan BN.
Mana mungkin Mukhriz akan diterima semula oleh orang Kedah dan pada kali ini Mukhriz juga berada di blog pembangkang yang sememangnya di tolak oleh rakyat Kedah. Mukhriz selama ini pun hanya bergantung kepada populariti Tun M.
Dalam hal ini jelaslah DAP memang suka Melayu dan Islam berebut kerusi Melayu dalam segenap hal. Tapi Melayu itu sendiri terlalu beri muka kepada DAP dan tidak pernah mana-mana parti atau pemimpin yang cuba berebut kerusi yang ditandingi DAP selama ini.
Comments
Post a Comment